Khamis, 1 Mac 2007

Cintailah bahasa Kita, Kalau Tak Kita Siapa Lagi.

Selamat datang dan selamat berkunjung ke BLOG BAHASA MELAYU STPM, iaitu satu blog yang akan membincangkan masalah-masalah pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Sebenarnya blog ini pada awalnya saya cipta khusus untuk menyelesaikan masalah P & P yang berlaku kepada pelajar-pelajar saya tetapi rupa-rupanya jga mendapat kunjungan dan maklum balas yang positif daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah lain. Semoga blog ini mampu menarik minat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Melayu dan seterusnya membentuk satu bentuk media interaksi yang berkesan antara guru dan guru, guru dan pelajar, juga antara pelajar dengan pelajar.

Kertas Bahasa Melayu STPM (910) adalah antara kertas yang paling diminati dan diambil oleh ramai calon STPM. Kertas ini terbahagi kepada 2 bahagian ialatu Kertas 1 dan Kertas 2. Bagi Kertas 1 iaitu kertas aneka pilihan, terdiri daripada 60 soalan aneka pilihan yang merangkumi pemahaman (linear dan bukan linear) beserta 10, dan 50 soalan lagi merangkumi tajuk-tajuk Sejarah Asal Usul dan Perkembangan Bahasa Melayu (6 soalan), Dinamika Bahasa Melayu (8 soalan), Pengetahuan Sistem Bahasa Melayu (33 soalan) dan Semantik (4 soalan).

Kertas 2 (Kecekapan Berbahasa) terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A (Karangan), Bahagian B (Rumusan), Bahagian C (Alih Bentuk teks) dan Bahagian D (Analisis Kesalahan Bahasa).

Mungkin bahan-bahan yang terdapat dalam blog ini tidak disusun mengikut sukatan, tetapi saya mengharapkan bahan-bahan ini dapat digunakan dengan baik oleh pelajar-pelajar dan guru-guru. Jumpa lagi!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya merupakan seorang pelajar yang sedang membuat suatu kertas kerja mengenai perasaan cinta bahasa dalam kalangan masyarakat. bolehkah cikgu membantu saya dengan memberi sedikit idea tentang tajuk yang telah saya pilih?

Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...