Jumaat, 22 April 2016

Burung Pegar

Harapkan pagar, pagar makan padi.
Harapkan pegar, pegar makan padi.
PAGAR atau PEGAR?

Inilah burung pegar yang dikatakan amat menggemari padi itu. Kalau dah tahu burung ini suka makan padi, kenapa pula diberi kepercayaan dan dipilih untuk menjaga padi? Haaa.. pilihlah lagi!

10 ulasan:

Eiz berkata...

Haramkan Pegar
Pegar makan padi

Tanpa Nama berkata...

siapalah memandai ubah peribahasa ni.. viral pulak.. ramai yang percaya x selidik langsung.. main ikut je

semak dengan dbp.. dbp kekal dnegan pagar bukan pegar

tak kanlah.. nak harap burung atau ayam jaga padi.. tak munasabah langsung

Eddyseed berkata...

Klau betul lah pagar..mcm mana pagar tu mkn padi ? Pagar mkn padi ? Logic ke ? Klau burung pegar mkn padi yes mmg logic..sbb dy burung..

AzroY69 berkata...

Itulah maksud kiasan melayu metafora yg tinggi...contoh lain "kawan makan kawan"...xkan la kanibel pulak...padahal maksudnya "kianat"...sama lah kiasan pagar sbgai halangan binatang atau manusia rosakkan padi...dari dulu lagi DBP xpnah setuju dgn "Pegar".

Burung Paegar berkata...

Atau mungkin dua dua betul.
Harapkan Pagar, Pegar makan padi.
Pasang pagar, tapi burung pegar fly in masuk makan padi juga.
sebab itu tak ada pagar di sawah.

Tanpa Nama berkata...

Aku sebearnya mlas nak bertekak dgn si pegar ni.
Konteks pagar utk melindungi mengawal dan membendung penceroboh. Maksud makan tu bukan betul2 makan..adoilaaa
Makan sini maksudnya kerosakan.
Susah betul bahas dgn orang2 yg translate straight forward sgt. Takde kias..takde pantun. Which is sopan dn santun bila berkata2.

Tanpa Nama berkata...

Dulu, org melayu tulis guna jawi. Ejaan jawi utk pegar dan pagar tu nampak sama saja. Bila guna rumi ada yg terlepas pandang guna pagar. Jadi yg sebenarnya adalah pegar. Burung pegar ni mmg suka makan padi.
Lagipun Orang tak pagar sawah padi.
Yg belum terjawab ialah
Kenapa nak harapkan pegar ni?
Orang dulu dulu bukan saja cakap cakap saja

Unknown berkata...

pagar tu bukan pagar macam gate tapi pagar tu gelaran orang zaman dahulu . kalau sekarang kita panggil macam jaga gitu. dulu pagar di tugaskan jaga desa haaa so mybee dia kena jaga padi but dia sendiri makan hasil tu, mybee

aaytahm berkata...

burung pegar makan tikos jgk, sbb tak ada pilihan pecayakan pegar jugak tuk kurangkan tikos yg makan padi lebih cepat.. dulu2 kawalan biologi belum berkembang, pilihan terhad

Tanpa Nama berkata...

Logik juga kalau pagar tu burung. Memang jarang nampak orang bersawah padi mendirikan pagar sekeliling padi. 😅

Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...