Jumaat, 16 Disember 2011

Analisis Soalan dan Jawapan Cadangan Soalan Sintaksis Kertas Bahasa Melayu 1 STPM 2011

Untuk tajuk Sintaksis Bahasa Melayu, 13 soalan telah dikemukakan pada tahun ini (soalan nombor 44 - soalan 56).

Analisis soalan:

Soalan 44 : Yang manakah contoh yang betul bagi ayat tanya tertutup dan ayat tanya terbuka?

Jawapan: : C
Ayat tanya tertutup: Petani diberi subsidi lagi?
Ayat tanya terbuka: Siapakah yang membenarkan dia masuk?

Catatan: Ayat tanya tertutup ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidak/ bukan.
Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/ bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Soalan 45 : Yang manakah ayat yang mempunyai frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama subjek?

I Panas baran membawa padah.
II Kusut-masai rambut pengemis itu.
III Merah jambu warna kegemaran saya.
IV Pucat lesi pesakit kanser di wad hospital itu.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Jawapan : B (I dan III)

Analisis jawapan:
I Panas baran membawa padah. [Sifat panas baran] s [membawa padah]p - pengguguran unsur dalam frasa nama.
II Kusut-masai rambut pengemis itu. [Rambut pengemis itu] s [kusut-masai] p - pendepanan predikat.
III Merah jambu warna kegemaran saya. [Warna merah jambu] s [warna kegemaran saya]p - pengguguran unsur dalam frasa nama.
IV Pucat lesi pesakit kanser di wad hospital itu. [Pesakit kanser] s [pucat lesi di wad hospital itu]p - pedepanan predikat.


Soalan 46:

Ke
buluran meninggalkan kesan yang lebih buruk kerana orang yang lapar sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengisi perut mereka.

Ayat di atas ialah ayat majmuk

A campuran
B keterangan
C pancangan relatif
D pancangan komplemen

Jawapan: A (ayat majmuk campuran iaitu ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.)


Soalan 47:
-Mengandungi 2 kata penghubung ayat
-Mengandungi sekurang-kurangnya 2 konstituen subjek dan dua konstituen predikat.

Yang manakah ayat yang mengandungi ciri-ciri atas?

A Banglo mewah di tepi bukit yang tinggi itu ialah milik Datuk Hamid.
B Pelukis muda dari utara tanah air itu suka berkarya untuk kepuasan dirinya. (untuk dalam ayat ini berfungsi sebagai kata sendi nama, bukan kata penghubung ayat)
C Burung helang yang besar itu terbang rendah kerana ingin menyambar seekor ayam.
D Demi mempertahankan maruah negara, pejuang-pejuang dahulu sanggup berkorban nyawa.

Jawapan: C (mempunyai dua kata penghubung ayat iaitu yang dan kerana)


Soalan 48: Yang manakah ayat yang gramatis?

A Dengan melaksanakan projek itu, meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. (tiada subjek)
B Untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, memerlukan modal yang besar. (tiada subjek)
C Dengan adanya aktiviti kitar semula dapat mengelakkan berlakunya pembaziran sumber. (tiada subjek)
D Untuk memperoleh pendapatan, banyak sekali bidang pekerjaan yang boleh diterokai oleh siswazah.

Jawapan: D

Catatan:
Maksud ayat yang gramatis ialah ayat yang sempurna, lengkap dan tepat tatabahasanya.

Soalan 49: Yang manakah ayat yang boleh dipasifkan?

A Encik Din sedang mengelamun di luar pejabatnya.
B Bandar raya Kuala Lumpur membangun dengan pesat.
C Saya menghadiahkan sehelai selendang kepada Puan Salmi.
D Penyanyi pujaan itu sedang bernyanyi sambil menari di atas pentas.

Jawapan: C
Analisis:
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek dan terhasil daripada ayat yang mengandungi kata kerja transitif sahaja. Hanya ayat C sahaja yang boleh dipasifkan, iaitu : Sehelai selendang (objek) telah saya hadiahi kepada Puan Salmi daripada ayat aktif: Saya menghadiahkan sehelai selendang kepada Puan Salmi.

Soalan 50: Yang manakah padanan yang betul antara pola ayat dasar dengan contoh ayatnya?

I FN + FN - Y - [Ceritanya]FN [hanya alasan].FN
II FN + FK - Z - [Ciptaan sains]FN [memudahkan kehidupan manusia].FK
III FN + FA - W - [Suaminya]FN [tinggi lampai]. FA
IV FN + FSn - X - [Namanya]FN [di atas sekali].FSn

Jawapan: D (Y, Z, W, X)

Soalan 51: Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?


A Dia kini berada di luar negara.
B Ayah suka berkebun pada masa lapang.
C Pelajar itu berterima kasih kepada gurunya.
D Kesihatan ibu itu beransur baik sejak kepulangan anaknya.

Jawapan: B
Catatan:
Pelajar boleh menggunakan Kaedah Noktah untuk memudahkan analisis mengenal pasti kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau berpelengkap. Sekiranya tanda noktah diletakkan selepas sesuatu kata kerja, ayat tersebut sudah lengkap atau tepat, hal ini bermakna ayat itu mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.


Soalan 52: Yang manakah ayat dasar?

A Anak ikan kelisa itu telah mati.
B Jemput ke rumah petang ini jika ada kelapangan.
C Dialah yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
D Ali dan Ramu berjiran sejak kawasan itu diteroka.


Jawapan: A
Catatan:
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sahaja, ayat aktif dan ayat yang mempunyai satu klausa sahaja (ayat tunggal). Ayat B bukan ayat dasar kerana ayat ini ialah ayat silaan. Ayat C dan D pula ialah ayat majmuk, iaitu ayat terbitan yang terhasil melalui proses peluasan dan proses pengguguran.


Soalan 53: Yang manakah ayat keterangan syarat?

A Isterinya bekerja keras untuk menambah pendapatan keluarga. (Keterangann tujuan)
B Budak miskin itu berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. (Keterangan akibat)
C Kami akan menunaikan fardu haji pada tahun hadapan seandainya tidak ada aral melintang. (Keterangan syarat)
D Pak Hassan dan keluarganya berpindah juga ke bandar walaupun berat hatinya untuk meninggalkan kampung. (Keterangan pertentangan)

Jawapan: C

Soalan 54:

Ayat keterangan + Ayat relatif

Yang manakah ayat yang menepati binaan di atas?

A Kakak menyatakan bahawa nasi yang ditanaknya hangit. (ayat komplemen + ayat relatif)
B Mak Siti membuat kek yang akan menjadi hidangan pengantin. (ayat relatif sahaja)
C Ayahnya datang dengan menaiki kereta sewa yang dipandu oleh seorang wanita. (ayat keterangan + ayat relatif)
D Pelajar cemerlang itu menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapainya adalah atas berkat doa ibu bapanya. (Ayat komplemen + ayat relatif)

Jawapan : C

Soalan 55:
Yang manakah padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenis keterangan dalam jadual di atas?

I Andai kata berjaya, penyelidik itu akan terkenal di seluruh dunia. R - Keterangan syarat
II Setelah pertunjukan tamat, orang ramai bertepuk tangan. Q - Keterangan waktu
III Dengan basikal orang tuanya itu, dia ke sekolah. S - Keterangan cara
IV Bagi memastikan projek itu berjaya, bilangan pekerja perlu ditambah. P - Keterangan tujuan

Jawapan: C (R, Q, S, P)

Soalan 56:
Yang manakah padanan yang betul antara perasaan dengan contoh ayat seru dalam jadual di atas?

I Perasaan marah - R - Cis, sanggup engkau berbuat durjana!
II Perasaan sedih - S - Aduhai, sia-sia saja menasihatinya!
III Perasaan kagum - P - Wah, tingginya menara itu!
IV Perasaan terkejut - Q - Eh, adik sudah pandai mengira!

Jawapan: D (R, S, P, Q)


Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...