Alih bentuk teks berikut kepada bentuk prosa biasa.
Puteri Bongsu : Wah! Aku dengar kau nak jadi orang Bendahara. Tak lama lagi datuklah kau.
Bakar : Saya belum terima kerja itu. Bendahara tidak pula memaksa.
Puteri Bongsu : Kenapa Bakar? Kenapa tak terima? Orang lain tak akan berlengah menerima kerja tu. Ada peluang nak jadi orang besar.Bakar : Bukan senang nak jadi orang besar itu, cik puan. Bukan cik puan tak tahu.
Puteri Bongsu : Kau ni suka sangat merendah diri. Mengapa? Kalau sudah jadi orang Bendahara, bolehlah kahwin dengan anak raja.
Bakar : Manakan boleh si enggang berkahwin dengan si pipit?Puteri Bongsu : (Naik berang kerana Bakar belum faham perasaannya) Amboi, pandai sungguh si bayan ni berkata-kata!
(Dipetik dan disesuaikan daripada Mohamed Zahir Ismail, Bukit Puteri, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, halaman 153-154)
Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!
Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...
-
Ciri-ciri khusus BMK ialah seperti berikut: 1. Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu m...
-
Perbezaan ayat pasif dan ayat songsang: AYAT PASIF: Ayat pasif ialah ayat yang mengalami proses pendepanan objek, iaitu objek atau ...
2 ulasan:
“Wah, nampaknya angin kota sudah merasuk ke dalam otak dan hati kau. Mentang-mentanglah kausudah berasa nikmat tinggal di bandar besar…”
jawapan kami:
Apai menyindir Bintang dengan mengatakan bahawa Bintang sudah lupa diri semenjak dia tinggal di bandar besar.
“Bukan begitu maksud aku, Apai. Bukan aku dah lupa daratan tapi soal kemajuan…,” balas Bintang.
jawapan kami:
Bintang menafikan kata-kata Apai dan menjelaskan kepada Apai bahawa dia tertarik dengan kemajuan di bandar.
“Lagi-lagi kaucakap fasal kemajuan! Kemajuan apa kalau sudah seminggu aku tak dapat menyumpit seekor rusa pun?”
jawapan kami:
Apai menyanggah jawapan Bintang tentang kemajuan.Apai menjelaskan bahawa dengan adanya kemajuan dia sudah tidak dapat berburu.
“Alah…itu perkara kecil saja. Kalau api dah masuk, kita boleh beli peti sejuk. Boleh simpan macam-macam daging sampai beberapa hari…”
jawapan kami:
Bintang menganggap itu perkara kecil.Bintang menjelaskan bahawa sekiranya elektrik sudah ada mereka boleh membeli peti sejuk dan daging dapat disimpan lama.
“Aku cakap fasal lain, kaucakap fasal lain. Inilah anak kalau tak mendengar cakap orang tua. Baru belajar tinggi sikit dah besar kepala.”
jawapan kami:
Apai memarahi Bintang kerana tidak memahami perkara yang dibincangkan.Tambah Apai,Bintang degil dan tidak mendengar kata orang dewasa setelah belajar tinggi.
“Kerajaan tak mau masyarakat kita terus-menerus hidup terpencil. Tak ada klinik atau hospital tempat untuk berubat.”
jawapan kami:
Bintang menjelaskan bahawa kerajaan tidak mahu masyarakat hidup terpencil tanpa ada klinik dan hospital untuk berubat.
“Selama ini apa yang kerajaan tahu tentang kita?”
jawapan kami:
Apai ingin tahu sama ada kerajaan ambil berat tentang mereka atau tidak.
“Itulah sebabnya kerajaan hendak membela kita sekarang. Kita perlu mengejar kemajuan.”
jawapan kami:
Bintang menjelaskan bahawa kerajaan mahu membela hidup mereka pada masa ini.Jelasnya lagi mereka perlu mengejar kemajuan.
“Wah, nampaknya angin kota sudah merasuk ke dalam otak dan hati kau. Mentang-mentanglah kausudah berasa nikmat tinggal di bandar besar…”
JAWAPAN:
Apai menyindir bintang dan menyatakan bahawa bintang telah terpengaruh dengan suasana di bandar dan terlalu mewah dengan kesenangan yang ada di bandar.
“Bukan begitu maksud aku, Apai. Bukan aku dah lupa daratan tapi soal kemajuan…,” balas Bintang.
JAWAPAN:
Bintang menyatakan bahawa dia tidak bermaksud sedemikian dan menjelaskan bahawa dia tidak lupa diri kerana dia hanya berfikir soal masa depan.
“Lagi-lagi kaucakap fasal kemajuan! Kemajuan apa kalau sudah seminggu aku tak dapat menyumpit seekor rusa pun?”
JAWAPAN:
Dengan perasaan marah,apai ingin kepastian tentang kemajuan yang dimaksudkan.Menurutnya lagi bahawa sudah seminggu dia tidak dapat menyumpit seekor rusa.
“Alah…itu perkara kecil saja. Kalau api dah masuk, kita boleh beli peti sejuk. Boleh simpan macam-macam daging sampai beberapa hari…”
JAWAPAN:
Bintang menganggap bahawa itu hanyalah perkara kecil sahaja.Sekiranya bekalan elektrik sudah ada mereka boleh membeli peti sejuk, tambahnya lagi mereka dapat menyimpan daging-daging selama beberapa hari.
“Aku cakap fasal lain, kaucakap fasal lain. Inilah anak kalau tak mendengar cakap orang tua. Baru belajar tinggi sikit dah besar kepala.”
JAWAPAN:
Apai menjelaskan bahawa bintang tidak memahami perkara yang dimaksudkannya,sindir apai dan menyatakan bahawa demikian sikap seorang yang tidak mendengar nasihat orang tua.tambahnya lagi,baru belajar sedikit sudah besar kepala.
“Kerajaan tak mau masyarakat kita terus-menerus hidup terpencil. Tak ada klinik atau hospital tempat untuk berubat.”
JAWAPAN:
Bintang menjelaskan bahawa,kerajaan tidak mahu masyarakat mereka terus-menerus hidup terpencil,tidak ada klinik atau hospital tempat untuk berubat.
“Selama ini apa yang kerajaan tahu tentang kita?
JAWAPAN:
Apai ingin kepastian bahawa perkara yang kerajaan tahu tentang mereka.
“Itulah sebabnya kerajaan hendak membela kita sekarang. Kita perlu mengejar kemajuan..
JAWAPAN:
Bintang menyatakan bahawa sebab itulah kerajaan hendak membela mereka sekarang. Tambahnya lagi, mereka perlu mengejar kemajuan.
Catat Ulasan