Khamis, 6 Mei 2010

Alih Bentuk Teks Laras Bahasa Melayu Klasik

Alih bentuk bahasa prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.

Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan dibubuhnya racun, lalu ditaruhnya di dalam dulang emas. Setelah sudah lalu disuruhnya persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri. Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.

Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ke istana permaisuri. Setelah sampai dipersembahkannya persembahan itu dengan manis mukanya seraya berdatang sembah, katanya, “Inilah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan sepertinya, yang diiringkan dengan sembah sujud, disuruh Paduka Liku persembahkan ke bawah duli tuanku.”

Permaisuri lalu menyambut dulang itu sambil memandang muka dayang-dayang yang tersenyum itu, serta disuruhnya dayang-dayangnya menyalin dulang itu. Lalu disalin dayang-dayanglah dulang itu. Setelah itu lalu kembalilah dayang-dayang itu dan dipersembahkannya apa-apa yang telah diperbuatnya itu.

Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir di dalam hatinya, “Pada hari inilah permaisuri itu akan mati dan akulah yang akan menggantikannya menjadi permaisuri. Jikalau Cendera Kirana yang memakan itu, nescaya ia pun akan mati juga dan anakku Galoh Ajeng akan aku jadikan tunangan Raden Inu Kartapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan didudukinya semua, kerana patutlah ia menggantikan.”

Setelah yang demikian itu, lalu disuruhnya dayang-dayangnya keluar dan menutup pintu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Hikayat Panji Semirang, 1961: Kuala Lumpur; Pustaka Antara: halaman 20)

4 ulasan:

Rosma, Qiuddin, Raja, Normi, Miera, Mariam, Dilla dan Yatie *** 6kpu A1*** berkata...

Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan dibubuhnya racun, lalu ditaruhnya di dalam dulang emas. Setelah sudah lalu disuruhnya persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri. Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.

Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ke istana permaisuri. Setelah sampai dipersembahkannya persembahan itu dengan manis mukanya seraya berdatang sembah, katanya, “Inilah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan sepertinya, yang diiringkan dengan sembah sujud, disuruh Paduka Liku persembahkan ke bawah duli tuanku.”


Permaisuri lalu menyambut dulang itu sambil memandang muka dayang-dayang yang tersenyum itu, serta disuruhnya dayang-dayangnya menyalin dulang itu. Lalu disalin dayang-dayanglah dulang itu. Setelah itu lalu kembalilah dayang-dayang itu dan dipersembahkannya apa-apa yang telah diperbuatnya itu.


Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir di dalam hatinya, “Pada hari inilah permaisuri itu akan mati dan akulah yang akan menggantikannya menjadi permaisuri. Jikalau Cendera Kirana yang memakan itu, nescaya ia pun akan mati juga dan anakku Galoh Ajeng akan aku jadikan tunangan Raden Inu Kartapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan didudukinya semua, kerana patutlah ia menggantikan.”


Setelah yang demikian itu, lalu disuruhnya dayang-dayangnya keluar dan menutup pintu.


Ciri-ciri bahasa melayu klasik :

1. menggunakan ayat yang panjang dan bertele-tele.

contohnya :

Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.

2. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang.

Contohnya :

- dibubuhnya racun ( ayat pasif )
- Setelah sudah lalu disuruhnya persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri. ( ayat songsang )

3. penggunaan bahasa istana :

Contohnya :

- permaisuri
- dayang-dayang
- paduka

4. Banyak menggunakan partikel pun, lah, kah, dan tah.

Contohnya :

- inilah
- dayang-dayanglah
- kembalilah
- nescaya ia pun

5. menggunakan kata hubung.

Contohnya :

- yang ditaruh
- dan berfikir

6. terdapat ungkapan doa, seruan, dan ucapan yang berbahasa arab.

- dengan sembah sujud

Tanpa Nama berkata...

Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan dibubuhnya racun, lalu ditaruhnya di dalam dulang emas. Setelah sudah lalu disuruhnya persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri. Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.

jawapan: setelah menyiapkan hidangan tapai yang dicampurkan racun,Paduka Liku menyuruh dayang-dayang


Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ke istana permaisuri. Setelah sampai dipersembahkannya persembahan itu dengan manis mukanya seraya berdatang sembah, katanya, “Inilah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan sepertinya, yang diiringkan dengan sembah sujud, disuruh Paduka Liku persembahkan ke bawah duli tuanku.”



Permaisuri lalu menyambut dulang itu sambil memandang muka dayang-dayang yang tersenyum itu, serta disuruhnya dayang-dayangnya menyalin dulang itu. Lalu disalin dayang-dayanglah dulang itu. Setelah itu lalu kembalilah dayang-dayang itu dan dipersembahkannya apa-apa yang telah diperbuatnya itu.


Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir di dalam hatinya, “Pada hari inilah permaisuri itu akan mati dan akulah yang akan menggantikannya menjadi permaisuri. Jikalau Cendera Kirana yang memakan itu, nescaya ia pun akan mati juga dan anakku Galoh Ajeng akan aku jadikan tunangan Raden Inu Kartapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan didudukinya semua, kerana patutlah ia menggantikan.”


Setelah yang demikian itu, lalu disuruhnya dayang-dayangnya keluar dan menutup pintu.

maisarah,zuraida,azlihan,haniff,ikram & haikal berkata...

MAKSUD BM KLASIK

1-seraya ;sedang melakukan sesuatu me­lakukan yg lain juga; sambil; serta: Dia berkata ~ tersenyum

2-bersuka hati ;berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira.

3-nescaya ;tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau; menescayakan menjadikan tidak boleh tidak; kenescayaan perihal tidak boleh tidak.

4-dayang-dayang ;sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu!

5-permaisuri ;isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu.

6-permai ;mendatangkan rasa puas dan nyaman apabila dipandang; cantik; elok; indah: pandangan yg indah ~. kepermaian keadaan permai; keindahan; keelokan.

7-amat majlis ;makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan;

8-ditaruhnya ;meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan

9-berdatang ;berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah.

10-tunangan ;bakal isteri atau bakal suami bagi seseorang; orang yg sudah mengikat perjanjian utk men­­jadi suami atau isteri (kpd sese­orang).

11-paduka ; gelaran yg diberi kpd salah seorang drpd isteri raja Jawa zaman dahulu

12-sembah sujud ;memberi hormat kpd raja dll dgn bertelut serta menundukkan kepala ke tanah: Walaupun engkau ~ kpdku, aku tidak akan memaafkan kesalahanmu

13-tiada tersangka ;pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira:. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka

14-dipersembahkannya ;menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi

15-duli ;perihal menjunjung duli.

16-tuanku ;kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt
pemerintahan).


AYAT BM MODEN

1-bersuka hati : Haniff berasa gembira kerana namanya diuar-uarkan sebagai pelajar terbaik dalam STPM oleh pengetua.

2-tunangan : Azlihan memperkenalkan bakal isterinya di jamuan perjumpaan semula pelajar-pelajar tingkatan 6KPUA1.

3-ditaruhnya : Haikal meletakkan buah durian sebagai hantaran pada majlis perkahwinannya nanti.

4-permai : Pulau Redang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih dan airnya yang tenang.

5-tiada tersangka : Lutfi tidak menyangka Rahman sanggup mengkhianati persahabatan mereka yang telah bertahun-tahun terjalin.

6-sembah sujud : Rakyat Kampung Hulu Besut memberi hormat kepada Menteri Besar Terengganu pada majlis pelancaran pecah tanah.

7-dipersembahkan : Zura menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti.

8-tuanku : Maisarah telah diberikan kuasa yang tertinggi dalam sidang dewan negara.

KUMPULAN 4,MAN,DUE,EPU,ZA'IM,SIMI,AISHAH berkata...

Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan dibubuhnya racun, lalu ditaruhnya di dalam dulang emas.

Jawapan:Pada masa itu Paduka Liku membuat dan memasukkan racun
ke dalam tapai lalu meletakkkan tapai tersebut ke dalam dulang emas. Setelah sudah lalu disuruhnya persembahkan oleh dayang-dayangnya pada permaisuri.

Jawapan: Apabila telah siap, Paduka Liku menyuruh dayang-dayang membawa tapai tersebut kepada permaisuri.

Dayang-dayang itu pergilah membawa persembahan yang ditaruh di dalam dulang yang amat majlis dan permai itu sehingga tiada tersangka, bahawa telah bercampur dengan racun.

Jawapan:Dayang-dayang membawa pemberian kepada raja yang diletakkan dalam dulang ke majlis yang penting tanpa disedari pemberian itu telah bercampur dengan racun.

Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ke istana permaisuri.

Jawapan:Dayang-dayang tersebut berjalan menuju ke istana permaisuri.

Setelah sampai dipersembahkannya persembahan itu dengan manis mukanya seraya berdatang sembah, katanya, “Inilah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan sepertinya, yang diiringkan dengan sembah sujud, disuruh Paduka Liku persembahkan ke bawah duli tuanku.”

Jawapan:Setelah tiba di istana,dayang-dayang mempersembahkan dulang tersebut kepada pemaisuri dengan muka yang manis.dayang-dayang tersebut menyatakan bahawa dulang tersebut daripada paduka liku sambil memberi hormat.


Permaisuri lalu menyambut dulang itu sambil memandang muka dayang-dayang yang tersenyum itu, serta disuruhnya dayang-dayangnya menyalin dulang itu.


Jawapan:Permaisuri menerima dulang emas sambil menatap wajah dayang-dayangnya yang tersenyum dan menyuruh dayang-dayangnya menukar dulang tersebut.

Lalu disalin dayang-dayanglah dulang itu.

Jawapan:Kemudian,dayang-dayang itu menukarkan dulang tersebut.

Setelah itu lalu kembalilah dayang-dayang itu dan dipersembahkannya apa-apa yang telah diperbuatnya itu.

Jawapan:Setelah mempersembahkan dulang,dayang-dayang tersebut menceritakan perbuatan yang mereka lakukan.


Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir di dalam hatinya, “Pada hari inilah permaisuri itu akan mati dan akulah yang akan menggantikannya menjadi permaisuri.

Jawapan:Paduka Liku sangat gembira dan terlintas di fikirannya bahawa permaisuri akan mangkat pada masa itu dan paduka liku dapat menggantikan tempat permaisuri.


Jikalau Cendera Kirana yang memakan itu, nescaya ia pun akan mati juga dan anakku Galoh Ajeng akan aku jadikan tunangan Raden Inu Kartapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan didudukinya semua, kerana patutlah ia menggantikan.”

Jawapan:Sekiranya Cendana Kirana turut makan tapai tersebut,puteri tersebut akan mangkat.tambahnya lagi,anak paduka liku iaitu Galoh Ajeng akan menjadi tunang Raden inu kartapati,kemudian kerajaan negeri Daha dan Kuripan akan bersatu.


Setelah yang demikian itu, lalu disuruhnya dayang-dayangnya keluar dan menutup pintu.

Jawapan:Kemudiannya,Paduka Liku mengarahkan dayang-dayangnya keluar dan menutup pintu.