Khamis, 6 Mei 2010

Alih Bentuk Teks Laras Dialog

Salam. Pelajar-pelajar sekalian. Saya berharap agar beberapa soalan yang saya kemukakan di bawah ini dapat dimanfaatkan. Cubalah jawab soalansoalan ini dengan sehabis baik dengan menjawab pada bahagian komen atau melalui e-mel.

Alih bentuk petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk biasa. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana.

Ishak : (Memasang paip) Jadi tak mahulah awak budak tu kerja di sini?

Cik Puan : Budak mentah dari kampung… cuma pandai tumbuk sambal belacan saja, nak buat apa?
Ishak : Baru-baru memang tak tahu, nanti lama-lama pandailah dia, asal awak tunjuk ajar.
Cik Puan : Ya, pasal perempuan tu muda, pasal dia janda, katalah nak tolong, katalah kasihan! Saya tahu awak suka budak Siti tu kerja di sini, senang awak menjamu mata!
Ishak : (Ketawa) Dah tua-tua ni cemburu juga dia. (Menghisap paipnya) Sudahlah, tak usah sebut lagi pasal budak tu. Si Rosnah…tak nampak, ke mana?

Cik Puan : Sejak berhenti sekolah ni, Rosnah jarang di rumah. Hari ni dia keluar…katanya nak cari kerja di Kementerian Luar Negeri, jadi steno.

Ishak : Salah awak juga, anak perempuan tak diajar ke dapur, habis bila tak ada orang gaji, hah makan di kedai!

Cik Puan : Heh, jangan pandai cakap saja. Rosnah pandai buat kek moden. Saya ajar dia.




P&P Berbantukan Komputer.

2 ulasan:

Rosma Dan Qiuddin *** 6kpu A1*** berkata...

Ishak : (Memasang paip) Jadi tak mahulah awak budak tu kerja di sini?

JAWAPAN :

Sambil memasang paip, ishak ingin kepastian sama ada budak tersebut hendak bekerja ditempat tersebut atau tidak.

Cik Puan : Budak mentah dari kampung… cuma pandai tumbuk sambal belacan saja, nak buat apa?


JAWAPAN :

Menurut Cik Puan, budak mentah dari kampung hanya pandai menumbuk sambal belacan sahaja. Cik Puan ingin tahu keuntungan yang diperolehi daripada budak kampung.


Ishak : Baru-baru memang tak tahu, nanti lama-lama pandailah dia, asal awak tunjuk ajar.

JAWAPAN :

Ishak menjelaskan bahawa mereka tidak boleh menilai budak kampung tersebut pada permulaan pertemuan. Menurunya lagi, Cik Puan perlu memberi tunjuk ajar kepada budak kampung tersebut.


Cik Puan : Ya, pasal perempuan tu muda, pasal dia janda, katalah nak tolong, katalah kasihan! Saya tahu awak suka budak Siti tu kerja di sini, senang awak menjamu mata!

JAWAPAN :

Cik Puan mengeyakan kata-kata Ishak. Tambahnya, budak kampung itu seorang yang muda, dan janda. Dengan tegas Cik Puan menyatakan bahawa Ishak suka Siti bekerja ditempat tersebut. Menurutnya lagi, dapat memudahkan Ishak menjamu mata.


Ishak : (Ketawa) Dah tua-tua ni cemburu juga dia. (Menghisap paipnya) Sudahlah, tak usah sebut lagi pasal budak tu. Si Rosnah…tak nampak, ke mana?


JAWAPAN :

Sambil ketawa, Ishak mengatakan bahawa walaupun sudah berumur Cik Puan masih cemburu terhadapnya. Sambil menghisap paip, Ishak menjelaskan bahawa dia tidak mahu menyebut mengenai budak kampung tersebut. Dia ingin tahu tempat Rosnah berada.

Cik Puan : Sejak berhenti sekolah ni, Rosnah jarang di rumah. Hari ni dia keluar…katanya nak cari kerja di Kementerian Luar Negeri, jadi steno.

JAWAPAN :

Cik Puan menjelaskan bahawa sejak berhenti sekolah Rosnah jarang di rumah. Cik Puan menyatakan bahawa hari tersebut Rosnah keluar mencari kerja di Kementerian Luar Negeri sebagai steno.

Ishak : Salah awak juga, anak perempuan tak diajar ke dapur, habis bila tak ada orang gaji, hah makan di kedai!

JAWAPAN :

Ishak menyalahkan Cik Puan kerana tidak mengajar anak perempuannya itu ke dapur. Menurutnya, apabila tidak mempunyai orang gaji mereka akan makan di kedai.

Cik Puan : Heh, jangan pandai cakap saja. Rosnah pandai buat kek moden. Saya ajar dia.

JAWAPAN :

Cik Puan mengherdik Ishak dengan menyatakan bahawa dia harus pandai berkata-kata sahaja. Jelasnya, Rosnah sudah pandai membuat kek moden atas tunjuk ajar daripadanya.

SITI NORHAZILAH,WAN AMINAH,DAN SITI SARIMAH (6A2) berkata...

Ishak : (Memasang paip) Jadi tak mahulah awak budak tu kerja di sini?

JAWAPAN=Sambil memasang paip, Ishak ingin tahu sama ada Cik Puan mahu mengambil budak itu bekerja atau tidak.

Cik Puan : Budak mentah dari kampung… cuma pandai tumbuk sambal belacan saja, nak buat apa?

jawapan=Cik Puan menyatakan bahawa budak kampung hanya pandai tumbuk sambal belacan sahaja.

Ishak : Baru-baru memang tak tahu, nanti lama-lama pandailah dia, asal awak tunjuk ajar awak tunjuk ajar.

jawapan=Ishak menyatakan bahawa mereka tidak boleh menilai pandangan pertama mereka .Tambahnya lagi,Cik Puan perlu memberi tunjuk ajar kepada budak kampung itu.

Cik Puan : Ya, pasal perempuan tu muda, pasal dia janda, katalah nak tolong, katalah kasihan! Saya tahu awak suka budak Siti tu kerja di sini, senang awak menjamu mata!

jawapan=Cik Puan mengeyakan kata-kata Ishak.Menurut Cik Puan lagi,perempuan itu muda dan seorang janda.Dengan tegas Cik Puan menyatakan bahawa Ishak gembira sekiranya Siti bekerja di sini kerana memudahkan Ishak menjamu mata.


Ishak : (Ketawa) Dah tua-tua ni cemburu juga dia. (Menghisap paipnya) Sudahlah, tak usah sebut lagi pasal budak tu. Si Rosnah…tak nampak, ke mana?

jawapan=Sambil ketawa Ishak menyatakan bahawa Cik Puan masih cemburu terhadapnya walaupun sudah berusia.Sambil menghisap paip, Ishak menjelaskan bahawa dia tidak mahu menyebut mengenai budak itu lagi.Ishak ingin tahu tempat Rosnah berada.

Cik Puan : Sejak berhenti sekolah ni, Rosnah jarang di rumah. Hari ni dia keluar…katanya nak cari kerja di Kementerian Luar Negeri, jadi steno.

jawapan=Cik Puan menyatakan bahawa sejak Rosnah berhenti sekolah dia jarang berada di rumah.Cik Puan menjelaskan bahawa Rosnah keluar pagi itu kerana hendak mencari kerja di Kementerian Luar Negeri sebagai steno.

Ishak : Salah awak juga, anak perempuan tak diajar ke dapur, habis bila tak ada orang gaji, hah makan di kedai!

Ishak menyalahkan Cik Puan kerana tidak mengajar anak perempuan mereka di dapur.Tambahnya lagi,apabila ketiadaan orang gaji mereka akan makan di luar.

Cik Puan : Heh, jangan pandai cakap saja. Rosnah pandai buat kek moden. Saya ajar dia.

jawapan=Cik Puan mengherdik Ishak kerana pandai bercakap sahaja.Tambahnya lagi,Rosnah sudah pandai membuat kek moden atas tunjuk ajar daripadanya.