Isnin, 25 April 2016

Oleh sebab atau oleh kerana?

1. Oleh kerana dia demam, dia tidak datang ke sekolah. (Salah)
2. Oleh sebab dia demam, dia tidak datang ke sekolah. (Betul)


Huraian:
Perkataan 'kerana' ialah kata hubung, bukan kata nama, manakala kata 'sebab' mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata nama dan kata hubung.


Contoh:
1. Dia menyatakan sebab dia bertindak demikian. (kata 'sebab' sebagai kata nama)
2. Dia tidak dapat ke sekolah sebab demam. (kata 'sebab' sebagai kata hubung)


#panduanbahasa

3 ulasan:

Unknown berkata...

oleh kerana di tengah ayat bagaimana pula...
cth: Ali tetap mengulang kaji pelajaran oleh kerana sasarannya belum dicapai.

AZMI berkata...

Mohon dishare ye

AZMI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...