Ahad, 4 November 2007

TUGASAN HUJUNG MINGGU 1-3 NOVEMBER 2007

Sekarang ini demam peperiksaan melanda pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Kepada semua pelajar, pastikan anda berjaya. Tapi mengertilah, seperti yang selalu diingatkan, ilmu bukan hanya peperiksaan tetapi lebih daripada itu adalah untuk kehidupan. Jadilah manusia yang dapat memanfaatkan ilmu yang Tuhan berikan. Guru hanya menjadi penyampai sahaja. Sentiasalah bersyukur dan beringatlah supaya kita berada di landasan yang benar. Selamat menghadapi peperiksaan dunia yang akan menentukan kejayaan dunia dan akhirat. Jadilah seperti padi yang kian berisi kian tunduk bukan lalang yang terus berdiri meski kosong tak berisi.

Menghadapi peperiksaan penting seperti ini memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang terutama pada saat-saat akhir ini. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulang kaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Sebagai tambahan daripada P&P di dalam kelas, ada baiknya pelajar-pelajar menjawab soalan latihan di bawah. Pelajar boleh menggunakan ruang komentar untuk menjawab soalan atau menghantar jawapan tersebut melalui e-mel kepada saya.

TUGASAN 1

Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. [15]

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Gagang diangkat dengan wajah yang tidak sabar

“Hello”
“Ayah!”
“Ya….., itu Jafri?”
“Ya…., ayah.”
“Hmm…, kenapa?”
“Ayah masih marah?”
“Tak usah tanya itu!”
“Ayah sihat?”
“Tak perlu kautahu!”
“Maafkan saya ayah kerana saya tak telefon ayah!”
“Apa mustahaknya kautelefon aku?”
“Saya ingin beritahu ayah…”
“Apa masih ada yang perlu aku tahu?”
“Ya, ayah!”
“Saya harap ayah bertenang!”
“Apa perlunya aku bertenang!”
“Begini ayah…., saya nak beritahu ayah…., ibu sakit!”
“ Ibu ….Ibu kausakit?” Encik Johan terkejut.
“Ya ….ayah. Ibu tiba-tiba kena darah tinggi.”

Encik Johan membisu. Tangannya menggeletar.


LATIHAN 2
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. [15]



SYUKUR : Anjang Aki nak minum?

AKI : Hem! (Bangun semula lalu bergerak ke pangkin. Sebelum dia duduk, dia meninjau-ninjau arah ke sebelah kiri sungai sambil menekap dahinya dengan tangan menghadang cahaya matahari) Heh! (Duduk di pangkin)

SYUKUR : (Membawa segelas air kepada Aki) Ini airnya Anjang. Anjang nak kuih apa?

AKI : Kuih jongkong atau lopeh!

SYUKUR : Kuih jongkong dah habis. Lopeh ada lagi. (Bergerak semula ke gerai lalu mengambil kuih yang dipinta. Lalu membawanya kepada Aki) Ha, ini dia.(Duduk di pangkin). Dua tiga hari ni, saya tengok Anjang lemah-lemah aje. Anjang sakit?

AKI : (Menggelengkan kepalanya. Angkuh). Sakit? Siapa sakit? Kamu ni risaukan aku tak tentu fasal. Aku tak sakit. Aku tak sakit.

SYUKUR : Anjang janganlah nak berdalih-dalih. Anjang memang dah tak sihat. semua orang kata begitu. Dari darat ke baruh Anjang berjalan, setiap hari, sejak tiga empat tahun lalu, semua orang nampak keadaan Anjang. Dari sehari ke sehari keadaan Anjang berubah-ubah.



LATIHAN 3
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. [15]

Emak menyapu air mata di pelipis pipi kiri muka Mek Jarah dan membetulkan bantal bawah kepala Mek Jarah dan nampak jari tangan kanan Mek Jarah yang kosong di bawah bantal.

“Mana cincin kamu?” Emak bertanya.

Mek Jarah diam.

“ Kamu pecatkah? Jangan letak merata nanti hilang.”

Mek Jarah diam dan masih terlentang dan memejamkan mata. Emak cuba cari cincin bawah kain sarung Mek Jarah dan bawah bantal Mek Jarah.

“Kamu letak cincin di mana?”

Mek Jarah pusing belakang lalu mengiring menghadap dinding. Dan menangis teresak- esak.

“Cincin kamu….mana, Mek Jarah?”

“Hilang……”

“Hilang?? Waktu kamu di mananya hilang????”

“Jatuh dalam sungai…. Waktu mandi tadi!”

KATA-KATA HIKMAT
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. Charles Cahier

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Ganggang diangkat dengan wajah yang tidak sabar.

encik johan menyapa orang yang menelefonnya iaitu anaknya jafri.jafri menyahut sapaan ayahnya.ayahnya mengiakan sahutan dari jafri dan menanyakan yang sedang bercakap itu adalah jafri.jafri pula mengiakan pertanyaan ayahnya.ayahnya ingin tahu sebab jafri menelefonnya.jafri bertanya kepada ayahnya samada ayahnya masih memarahinya.encik johan menjawab dengan keras pertanyaan itu dengan tidak membenarkan jafri bertanya mengenai perkara itu.selepas itu,jafri bertanya pula tentang kesihatan ayahnya.sekali lagi encik johan menjawb dengan keras dengan berkatakan agar jafri tidak mengambil tahu tentang dirinya.jafri meminta maaf daripada ayahnya kerana telah lama tidak menelefonnya.ayahnya menanyakan sebab mustahak jafri menelefonnya.dengan teragak-agak jafri emberitahu ayahnya bahawa ada sesuatu yang hendak diberitahu olehnya.encik johan ingin mengetahui perkara yang masih belum diketahuinya.jafri mengiakan pertanyaan ayahnya.sebelum itu,jafri memberitahu ayahnya agar bertenang.encik johan tidak menghiraukan suruhan anaknya agar bertenang.dengan berhati-hati,jafri memberitahu ayahnya bahawa ibunya sakit.encik johan tersentak dan menanya kembali perkhabaran itu.jafri meniakan pertanyaan ayahnya dan memberitahu yang ibunya tiba-tiba terkena darah tinggi.encik johan hanya membisu dan tangannya menggeletar.
“Ayah!”
“Ya….., itu Jafri?”
“Ya…., ayah.”
“Hmm…, kenapa?”
“Ayah masih marah?”
“Tak usah tanya itu!”
“Ayah sihat?”
“Tak perlu kautahu!”
“Maafkan saya ayah kerana saya tak telefon ayah!”
“Apa mustahaknya kau telefon aku?”
“Saya ingin beritahu ayah…”
“Apa masih ada yang perlu aku tahu?”
“Ya, ayah!”
“Saya harap ayah bertenang!”
“Apa perlunya aku bertenang!”
“Begini ayah…., saya nak beritahu ayah…., ibu sakit!”
“ Ibu ….Ibu kausakit?” Encik Johan terkejut.
“Ya ….ayah. Ibu tiba-tiba kena darah tinggi.”

Encik Johan membisu. Tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Dia tergesa-gesa mengatur langkah dan mengangkat gagang dengan wajah yang tidak sabar.

Encik Johan menyapa orang yang menelefonnya.
jefri menyahut sapaan ayahnya.
Encik johan ingin memastikan bahawa orang yang sedang bercakap denganya ialah Jefri.
Jefri mengiyakan pertayaan ayahnya.
ayahnya ingin tahu sebab jefri menelefonnya.
jefri bertanya sama ada ayahnya masih marah.
Encik johan melarang pertanyaan jefri.
jefri menanyakan tentang kesihatan ayahnya.
Encik johan menghalang jefri mengambil berat tentang kesihatannya.
Jefri memohon maaf daripada ayahnya kerana beliau tidak menelefon ayahnya.
Encik johan menanyakan sebab jefri menelefonnya.
Jefri ingin memberitahu ayahnya sesuatu perkara.
Ayahnya menanyakan perkara yang beliau belum ketahui.
jefri mengiyakan pertanyaan ayahnya.
jefri mengharapkan supaya ayahnya bertenang.
Encik johan bertanyakan jefri sebab beliau perlu bertenang.
jefri menerangkan kepada ayahnya bahawa ibunya sakit.
Encik johan terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh jefri itu.
jefri mengiyakan kepada ayahnya dan menerangkan dengan lebih lanjut bahawa ibunya mengidap penyakit darah tinggi.

Encik johan terus membisu dan menyebabkan tangannya mengeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Gagang diangkat dengan wajah yang tidak sabar. Dia menyapa orang yang menelefonnya.
Jafri membalas sapaan ayahnya.

Encik Johan ingin tahu mengesahkan bahawa Jafri yang menelefonnya.

Jafri mengeyakannya. Ayahnya ingin mengetahui sebab Jafri menelefonnya. Jafri ingin tahu sama ada ayahnya masih masih kepadanya atau tidak. Ayahnya tidak mahu Jafri bertanya tentang perkara itu.
Jafri ingin tahu tentang kesihatan ayahnya. Ayahnya menyatakan bahawa Jafri tidak perlu mengetahuinya.
Jafri memohon maaf daripada ayahnya kerana tidak menghubunginya. Ayahnya ingin tahu perkara penting yang menyebabkan Jafri menelefonnya. Belumpun sempat Jafri ingin memberitahu ayahnya, ayahnya mencelah dengan menanyakan perkara yang masih ingin diketahuinya. Jafri mengeyakan pertanyaan ayahnya. jafri ingin ayahnya bertenang dan disindir oleh ayahnya sebab dia perlu bertenang.

Jafri memberitahu ayahnya bahawa ibunya sakit. Encik Johan terkejut dan inginkan kepastian tentang berita tersebut. Jafri mengeyakannya dan menjelaskan bahawa ibu mendapat serangan darah tinggi secara tiba-tiba.

Encik Johan membisu dan tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam.Kedengaran telefon terus berdering nyaring.Dia tergesa-gesa mengatur langkah.Dia mengangkat gagang dengan wajah yang tidak sabar.

Encik Johan menyapa orang yang menelefonnya.
Jafri menyahut sapaan ayahnya.
Ayahnya mengiakan pertanyaan dan dia ingin memastikan bahawa orang yang menelefon itu ialah Jafri.
Jafri mengiakan pertanyaannya.
Ayahnya ingin mengetahui sebab Jafri menelefonnya.
Jafri bertanya kepada ayahnya sama ada ayahnya masih marah lagi kepadanya.
Ayahnya melarang anaknya daripada menanyakan hal itu.
Jafri bertanyakan tentang kesihatan ayahnya.
Ayahnya menegah pertanyaan Jafri.
Jafri meminta maaf kepada ayahnya kerana tidak menelefonnya.
Encik Johan bertanya tentang tujuan Jafri menelefonnya.
Jafri memberitahu bahawa dia ingin memberitahu sesuatu kepada ayahnya.
Encik Johan menegaskan lagi bahawa ada sesuatu yang perlu diketahuinya lagi.
Jafri mengiakan sahaja.
Jafri menyuruh ayahnya bertenang.
Encik johan menanyakan sebab dia perlu bertenang.
Jafri menerangkan kepada ayahnya bahawa ibunya sakit.
Encik Johan terkejut mendengar berita yang diberitahu oleh anaknya.
Jafri mengiakan dan memberitahu bahawa ibunya diserang penyakit kencing manis.
Ayahnya kemudian membisu dengan tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Ganggang diangkat dengan wajah yang tidak sabar.

Encik Johan menyapa anaknya,Jafri.Jafri menyahut sapaan ayahnya.Encik Johan ingin memastikan bahawa orang yang sedang bercakap dengannya sama ada orang itu ialah Jafri atau tidak.Jafri mengiyakan pertanyaan ayahnya itu.Encik Johan
ingin mengetahui sebab apa Jafri menalifonnya.Jafri bertanya sama ada ayahnya masih marah lagi kepadanya.Ayahnya melarang pertanyaan Jafri tadi.Jafri bertanyakan akan kesihatan ayahnya.Encik Johan berkata kepada Jafri supaya tidak mengambil tahu akan kesihatan dirinya.Jafri meminta maaf daripada ayahnya kerana tidak menalifon Encik Johan.Encik Johan bertanya kepada Jafri,apa tujuan Jafri menalifonnya.Jafri menerangkan tujannya iaitu untuk memberitahu sesuatu kepada ayahnya.Encik Johan menyoal anaknya apa yang perlu diketahuinya.Jafri mengiyakannya.Jafri meminta supaya ayahnya bertenang.Encik Johan bertanya lagi sebab apa dia perlu bertenang.Jafri memberitahu ayahnya bahawa ibunya sedang sakit.Encik Johan terkejut mengdengar berita itu.Jafri mengiyakannya dan menjelaskan kepada ayahnya bahawa ibunya mendapat penyakit darah tinggi secara tiba-tiba.Encik Johan membisu seribu bahasa sambil tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Gagang diangkat dengan wajah yang tidak sabar.


Encik Johan menyapa anaknya,jefri. Jefri menyahut sapaan ayahnya.Encik Johan ingin memastikan bahawa orang yang bercakap itu ialah anaknya dan Jefri mengiakan pertanyaan anaknya itu.Ayahnya ingin menyetahui sebab anaknya menelefonnya.Anaknya bertanya sama ada ayahnya masih marah kepadanya atau tidak.Ayahnya melarang pertanyaan anaknya itu.Anaknya bertanya lg akan kesihatan ayahnya tetapi ayahnya menyatakan bahawa Jefri tidak perlu menyetahuinya.Jefri memohon maaf daripada ayahnya kerana tidak menghubunginya.Encik Johan bertanya tujuan anaknya menelefonnya.Jefri ingin memberitahu sesuatu kepada ayahnya tetapi ayahnya terus mencelah dengan menanyakan perkara yang masih ingin diketahuinya.anaknya mengiakan pertanyaan ayahnya.Anaknya meminta ayahnya supaya bertenang.Encik Johan bertanya sebabnya dia perlu bertenang.Jefri memberitahu ayahnya bahawa ibunya sakit.Encik Johan terperanjat lalu menyoal anaknya kembali tentang perkara itu.Jefri memberitahu ayahnya bahawa ibunya secara tiba-tiba terkena darah tinggi.Encik Johan terus membisu dan tanganya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam.Apabila dia terdengar telefonnya berdering dengan nyaring,dia mengatur langkah dengan tergesa-gesa lalu terus mengangkat gagang telefon dengan wajah tidak sabar.Encik Johan menyapa anaknya,Jafri dan ayahnya bertanya adakah Jafri yang sedang bercakap.Lantas Jafri mengiyakannya.Ayahnya ingin mengetahui sebab Jafri menelefonnya.Jafri bertanya adakah ayahnya masih marah lalu ayahnya melarang Jafri daripada bertanyakan hal tersebut.Kemudian Jafri bertanyakan lagi tentang kesihatan ayahnya itu dan ayahnya menjawab bahawa Jafri tidak perlu mengetahui tentang itu.Lantas Jefri memohon maaf daripada ayahnya kerana dia tidak menelefon ayahnya itu.Ayahnya tidak mempedulikan Jafri lalu dia bertanya sebab Jafri menelefonnya dan Jafri ingin memberitahu sesuatu tetapi ayahnya segera mencelah percakapan anaknya itu.Ayahnya memberitahu adakah masih ada perkara yang perlu diketahui olehnya lalu Jafri mengiyakannya.Jafri meminta ayahnya supaya bertenang lalu ayahnya menegaskan bahawa dia tidak perlu bertenang.Tanpa menghiraukan ayahnya itu,Jafri segera memberitahu ayahnya bahawa ibunya sedang sakit.Lantas ayahnya terkejut apabila mendapat tahu berita tersebut.Jafri mengiyakannya serta menerangkan kepada ayahnya bahawa ibunya telah diserang penyakit darah tinggi secara tiba-tiba.Ayahnya terus membisu dan tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya apabila terdengar telefon berdering nyaring.Dia tergesa-gesa mengatur langkah beralih ke ruang dalam dan mengangkat ganggang dengan wajah yang tidak sabar.Encik Johan menyapa orang yang menelefonnya.Jafri menyahut sapaan ayahnya lalu ayah mengiakan sapaan itu dan inginkan kepastian siapa yang membuat panggilan tersebut.Jafri mengiakan sapaan ayah dan ayahnya bertanya tujuan Jafri menelefonnya.Jafri bertanya sama ada ayahnya masih memarahinya ataupun tidak.Ayahnya melarang Jafri menanyakan tentang hal itu.Ayah melarang apabila Jafri bertanyakan khabarnya.Jafri memohon kemaafan daripada ayah kerana sudah lama dia tidak menelefonnya.Ayah ingin mengetahui tujuan Jafri menelefonnya.Ayah mencelah percakapan Jafri apabila dia ingin memberitahu sesuatu kepada ayahnya.Jafri berharap agar ayahnya bertenang untuk mendengar berita ini.Tetapi ayahnya telah mencelah percakapan Jafri sebelum dia memberitahu berita itu.Jafri menerangkan bahawa ibu sedang sakit.Encik Johan terkejut apabila mendengar berita itu.Jafri mengiakan dan menerangkan bahawa ibu tiba-tiba diserang darah tinggi.Encik Johan terkejut sehingga tidak dapat berkata-kata dan tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam.Apabila dia terdengar telefon berdering nyaring dia tergesa-gesa mengatur langkah lalu terus mengangkat gagang telefon dengan wajah yang tidak sabar. Encik Johan menyapa anaknya,Jefri dan ayahnya bertanya adakah Jefri yang sedang bercakap. Lantas Jefri mengiyakannya. Ayahnya ingin tahu mengapa Jefri menelefonya. Jefri bertanya adakah ayahnya masih marah lalu ayahnya melarang Jefri daripada bertanyakan hal tersebut.Kemudian Jefri bertanyakan lagi tentang kesihatan ayahnya itu dan ayahnya menjawab bahawa Jefri tidak perlu mengetahui tentang itu. Lantas Jefri memohon maaf daripada ayahnya kerana dia tidak menelefon ayahnya itu.Ayahnya tidak mempedulikan Jefri lalu dia bertanya sebab Jefri menelefonnya dan Jefri ingin memberitahu sesuatu tetapi ayahya segera mencelah percakapan anaknya itu.Ayahnya memberitahu adakah masih ada perkara yang perlu diketahui olehnya lalu Jefri mengiyakanya .Jefri meminta ayahnya supaya bertenang.Tanpa menghiraukan ayahnya itu ,Jefri segera memberitahu ayahnya bahawa ibunya sedang sakit.Lantas ayahnya terkejut apabila mendapat tahu berita tersebut.Jefri mengiyakanya serta menerangkan kepada ayahya bahawa ibunya telah diserang penyakit darah tinggi secara tiba-tiba.ayahnya terus membisu dan tanganya menggeletar.
“Saya in
“Saya harap ayah bertenang!”
“Apa perlunya aku bertenang!”
“Begini ayah…., saya nak beritahu ayah…., ibu sakit!”
“ Ibu ….Ibu kausakit?” Encik Johan terkejut.
“Ya ….ayah. Ibu tiba-tiba kena darah tinggi.”

Encik Johan membisu. Tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Ganggang diangkat dengan wajah yang tidak sabar

Johan menyapa orang yang menelefonya iaitu anaknya Jefri. Jefri menyahut sapaan ayahnya.Ayahnya menanyakan yang sedang bercakap itu adalah Jefri. Jefri mengiyakan pertanyaan ayahnya.
Dengan malas ayahnya bertanya tujuan Jefri menghubunginya.
Jefri bertanya kepada ayah samada ayahnya masih memerahi dirinya.
Encik Johan menjawab dengan keras pertanyaan Johan dan dia tidak membenarkan Johan bertanyakan hal itu.
Jefri cuba melembutkan hati Encik Johan dengan bertanyakan tentang kesihatan ayahnya.
Sekali lagi Encik Johan memjawab dengan keras agar Jefri tidak mengambil tahu tentang dirinya.
Jefri meminta maaf dengan ayahnya kerana tidak pernah menghubungi ayahnya untuk bertanya khabar.
Encik Johan bertanyakan sebab mustahak Jefri menelefonya.
Jefri dengan teragak-agak untuk memberitahu tujuan sebenar dia menelefon ayahnya.
walaupan kurang menyenangi panggilan dari anaknya Encik Johan masih bertanya tentang perkara yang perlu diketahuinya.
Jefri mengiyakan pertanyaan ayahnya. Dia juga berharap agar ayahnya bertenang mendengar berita darinya.
Ayahnya bertanyakan sebab dia perlu menenangkan dirinya.
Dalam keadaan serba salah Jefri memberitahu ayahnya tentang kesihatan ibunya.
Encik Johan terkejut apabila mendengar keadaan isterinya
Dengan berhati-hati Jefri mengiyakan pertanyaan ayahnya dan menjelaskan ibunya tiba-tiba mendapat panyakit darah tinggi.
Selepas mendengar penjelasan anaknya,encik Johan terdiam membisu dan tanganya menggeletar menahan perasaan.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak daripada lamunannya apabila terdengar telefon berdering nyaring.Dia berjalan menuju ke ruang dalam dan mengangkat ganggang telefon dengan wajah yang tidak sabar.Ayahnya bertanya adakah orang yang mengangkat telefon itu ialah Jafri.Jafri terus menyapa dan menjawab bahawa beliau mengangkat telefon tadi dan bertanya pada ayahnya adakah beliau masih marahkan dia lagi.Ayah memberitahu Jafri supaya tidak bertanya soalan seperti tadi.Jafri pula bertanya ayahnya adakah beliau berada dalam keadaan sihat dan ayahnya memberitahu bahawa beliau tidak perlu tahu keadaan dia.Jafri memohon maaf kepada ayahnya kerana tidak menelefon beliau dan ayahnya memberitahu apakah mustahak dia menelefon ayah.Jafri memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin memberitahu sesuatu dan ayahnya menjawab adakah beliau perlu tahu sesuatu.Jafri menjawab ada dan dia menyuruh ayahnya supaya bertenang kerana berita itu akan meranjatkan ayahnya.Encik Johan menanya anaknya kenapa dia mesti bertenang dan Jafri pun memberitahu ayahnya bahawa ibu Jafri sakit.Encik Johan terkejut apabila mendengar berita itu daripada anaknya.Jafri memberitahu bahawa ibunya mempunyai penyakit darah tinggi dan ayahnya terus membisu sambil tangannya menggeletar.

Tanpa Nama berkata...

Encik Johan tersentak dari lamunannya. Dia beralih ke ruang dalam. Telefon terus berdering nyaring. Tergesa-gesa dia mengatur langkah. Gagang diangkat dengan wajah yang tidak sabar

Encik Johari menyapa anaknya dan membalas sapaan ayahnya dengan memanggil panggilan ayah.Ayahnya mengiakan sapaan anakya serta bertanya adakah Jafriyang menelefonnya dan Jafri mengiakan pertayaan ayahnya itu. Ayahnya bertanya tujuan Jafri menelefonnya. Jafri bertanya sama ada ayahnya masih memarahinya lagi. Ayahnya menegaskan supaya Jafri tidak menanyakan perasaannya itu. Seterusnya, Jafri bertanya lagi tentang kesihatan ayahnya dan ayahnya melarang anaknya mengetahuin perihal kesihatannya. Jafri memohon kemaafan daripada ayahnya kerana sudah lama dia tidak menghubungi ayahnya.Encik Johari menanyakan tujuan Jafri menelefonnya.Jafri ingin memberitahu ayahnya sesuatu tetapi ayahnya mencelah dan menyoal anaknya apakah perkara yang masih perlu dia mengetahuinya.Jafri mengiakan pertanyaan ayahnya dan meminta ayahnya bertenang.ayahnya inginkan kepastian daripada Jafri.jafri menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan ayahnya menanyakan kembali perihal ibunya dengan perasaan terkejut.Jafri mengiakannya dan memberitahu ayahnya bahawa ibunya menghidapi penyakit darah tinggi secara tiba-tiba.Encik Johan membisu dan tangannya menggeletar.

Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...