tag:blogger.com,1999:blog-60028321715139521962024-03-14T01:29:02.550+08:00dunia bahasa kita...Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18);
Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.comBlogger63125tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-6247098023249586882017-02-28T11:23:00.002+08:002017-02-28T11:23:46.280+08:00Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!

Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (-). Tanda sempang hendaklah digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu, antaranya:

1. Mengeja kata ganda (sama ada kata ganda penuh, kata ganda berimbuhan atau berentak)...
Contoh: buku-buku, menari-nari, ipar-duai, remeh-temeh

2. Merangkaikan imbuhan/ perkataan dengan kata nama khas, contohnya,
se-Malaysia, anti-Amerika, pro-Malaysia, hamba-nya, rahmat-Nya

3. Merangkaikan kata sendi nama ke dengan angka, contohnya, ke-21, ke-52

4. Merangkaikan tahun dengan akhiran -an, contohnya 1960-an, tahun 90-an

Jika menggunakan komputer, semasa menaip, tanda sempang tidak perlu dijarakkan (space bar) antara perkataan tersebut.

Gunakanlah tanda sempang dengan betul. Kata yang tak perlu sempang, janganlah disempangkan pula, contohnya,
kokurikulum (bukan ko-kurikulum),
prauniversiti (bukan pra-universiti),
antidadah (bukan anti-dadah)
kokurikulum (bukan ko-kurikulum) dll.

Nanti kang saya lempang je!

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-47717679729634139672017-02-28T11:14:00.001+08:002017-02-28T11:14:28.224+08:00Antara, di antara, dalam, di dalam...

TAZKIRAH BAHASA

Antara "di antara" dengan "antara",
antara "di dalam" dengan "dalam", dan
antara "di atas" dengan "atas" apakah perbezaannya?

"Antara", "dalam" dan "atas" mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata sendi nama dan sebagai kata arah. Jika sebagai kata arah, perkataan ini perlu didahului dengan kata sendi nama seperti "di" dan "ke".

Contoh:

1. Antara Cikgu Palija dan Cikgu N, siapakah yang lebih cantik? ("antara" sebagai kata sendi nama)
2. Rumah pegawai pendidikan itu terletak tengah-tengah kampung, iaitu di antara surau dengan balai raya.
("antara" sebagai kata arah, perkataan "antara" mestilah berpasangan dengan kata sendi nama "dengan", bukan "dan")

3. Mereka tinggal di dalam gua. ("dalam" sebagai kata arah)
4. Pelancong Eropah itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu ("dalam" sebagai kata sendi nama)

5. Ahmad meletakkan buku itu di atas mejanya. ("atas" sebagai kata arah)
6. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian rakan-rakan untuk membaca catatan ini. ("atas" sebagai kata sendi nama)

Mudah je...

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-23289370737274959132017-02-26T13:24:00.003+08:002017-02-26T13:24:52.352+08:00Usahlah berlewah-lewah!

Tazkirah bahasa sikit!

Elakkanlah penggunaan bahasa secara lewah/ berlebih-lebihan.

Contoh unsur lewah dalam bahasa Melayu:

1. Sejak dari kecil dia selalu demam.
(Sepatutnya sejak/ dari kecil)

2. Mereka saling bersalam-salaman setelah selesai solat.
(Sepatutnya: saling bersalam/ bersalam-salaman)

3. Sebilangan besar pelajar-pelajar itu datang dari kampung seberang.
(Sepatutnya: sebilangan besar pelajar)

4. Mereka telah menggunakan kenderaan itu melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
(Sepatutnya: tempoh/ masa)

5. Anak-anak Pak Sudin cantik-cantik belaka.
(Sepatutnya: Anak-anak Pak Sudin cantik belaka)

6. Semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat.
(Sepatutnya: hingga akhir hayat)

Ok, faham kan?

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-37148246236363133212017-02-26T13:21:00.002+08:002017-02-26T13:21:23.693+08:00Antara "mengajar" dan "mengajarkan"

Tazkirah Bahasa 4/ Februari 2017

Antara "mengajar" dan "mengajarkan",
antara "membaca" dan "membacakan",
antara "memberi" dan "memberikan" apakah perbezaannya?

Contoh ayat:
1. Saya mengajar pelajar tingkatan 4 Cemerlang Bahasa Melayu.

2. Saya mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar 4 Cemerlang.

3. Ibu membaca buku cerita itu kepada adik.
4. Ibu membacakan adik buku cerita itu.

5. Kakak memberi ayah sebatang pen.
6. Kakak memberikan sebatang pen kepada ayah.

Faham, kan?

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-15597128576855602382017-02-26T12:38:00.001+08:002017-02-26T12:38:12.038+08:00Ejaan Klitik

Apakah kata klitik?

Kata klitik ialah kata ganti nama ringkas seperti ku-, -mu, kau- dan -nya iaitu singkatan daripada kata ganti nama aku, kamu, engkau dan dia.

Bentuk klitik selalunya wujud dalam binaan ayat pasif dan ejaannya hendaklah dirangkaikan dengan kata yang wujud sebelum atau selepasnya.

Contoh penggunaan:

1. Kukikis-kikis kuku kakimu.
(Daripada ayat: Aku mengikis-ngikis kuku kaki kamu.)
Tak ada kerjalah tu sampai kuku kaki orang kaukikis-kikis ya!

2. Kaukunci cincinku di dalam almarimu.
(Daripada ayat aktif: Engkau mengunci cincinku di dalam almari kamu.)

Bentuk penggunaan ejaan klitik yang salah:
ku kikis-kikis,
kaki mu,
kau kunci,
cincin ku,
rumah mu

Bagi ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, kata sendi nama atau kata adjektif, ejaannya tidak perlu dirapatkan/ dirangkaikan ejaannya.

Contohnya:
Kau insan terindah dalam hidup aku. (bukan kauinsan)
Ku ingin pergi jauh. (bukan kuingin)

Faham, kan?

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-56134244332517841512017-02-26T12:33:00.001+08:002017-02-26T12:33:43.631+08:00Ayat pasif dan ayat songsang

Perbezaan ayat pasif dan ayat songsang:

AYAT PASIF:

Ayat pasif ialah ayat yang mengalami proses pendepanan objek, iaitu objek atau kata nama yang hadir selepas kata kerja transitif dalam ayat aktif. Ayat pasif boleh dikenali melalui penggunaan imbuhan pasif di, ter, ke-...-an, ber-, kena, dan ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kedua.

Contoh:
Emak memasak nasi di dapur.
(Nasi ialah objek yang hadir selepas kata kerja transitif memasak)
Ayat pasif: Nasi dimasak oleh emak di dapur.

Contoh lain:
Saya telah membaca semua buku di rak itu.
(Kata kerja transitif: membaca, objek: semua buku di rak itu)

Ayat pasif:
Semua buku di rak itu telah saya baca.

Semua buku di rak itu telah dibaca oleh saya. (Salah)

AYAT SONGSANG:

Ayat songsang ialah ayat yang mengalami proses penyusunan semula. Dalam ayat biasa, SUBJEK berada pada bahagian hadapan manakala PREDIKAT berada pada bahagian kedua. Ayat songsang ada pelbagai bentuk; ada yang mengalami proses penyusunan keseluruhan predikat, ada yang hanya frasa keterangan sahaja yang dikedepankan, dan ada juga yang hanya sebahagian sahaja daripada unsur predikat yang dikedepankan.

Ayat biasa: Emak memasak nasi di dapur.

Contoh ayat susunan songsang:
1. Memasak nasi di dapur emak.
2. Memasak nasi emak di dapur.
3. Di dapur emak memasak nasi.

Contoh lain:
Kami sekeluarga pergi ke tepi pantai pada waktu petang.

Ayat songsang:
1. Pergi ke tepi pantai pada waktu petang kami sekeluarga.
2. Pergi ke tepi pantai kami sekeluarga pada waktu petang.
3. Pada waktu petang, kami sekeluarga pergi ke tepi pantai.

Ayat pasif bolehkah disongsangkan? Boleh!

Contoh:
Saya membaca buku itu. (Ayat aktif)
Buku itu saya baca. (ayat pasif)
Saya baca buku itu. (Ayat pasif songsang)

Ok, harap-harap fahamlah ya.

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-41955075605254514042016-04-25T12:26:00.000+08:002017-02-28T11:19:09.547+08:00Kesalahan frasa kerja transitif

Kesalahan penggunaan frasa kerja transitif dalam ayat bahasa Melayu:

Contoh:

Mereka sedang membincangkan tentang perkara itu. (Salah)

Mereka sedang membincangkan perkara itu. (Betul)

Dia memberitahu kepada emak tentang hal itu. (Salah)

Dia memberitahu emak tentang hal itu. (Betul)

Wartawan itu melaporkan dari London berita itu. (Salah)

Wartawan itu melaporkan berita itu dari London. (Betul)

Contoh lain:

Kesalahan frasa kerja transitif:

1. Ibu memandang kepada saya dengan penuh perasaan sayu. (Salah)
Sepatutnya: ... memandang saya...

2. Guru sedang menerangkan tentang perkara itu dengan bersungguh-sungguh. (Salah)

Sepatutnya: ...menerangkan perkara itu...

3. Bendahara memberitahu kepada Memanda Menteri tentang masalah negara. (Salah)
Sepatutnya: ... memberitahu Memanda Menteri...

Kata kerja transitif mestilah diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama/ frasa nama. Kata kerja transitif tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama.

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-62342430303884179842016-04-25T11:46:00.005+08:002016-04-25T11:46:54.359+08:00Oleh sebab atau oleh kerana?1. Oleh kerana dia demam, dia tidak datang ke sekolah. (Salah)
2. Oleh sebab dia demam, dia tidak datang ke sekolah. (Betul)

Huraian:
Perkataan 'kerana' ialah kata hubung, bukan kata nama, manakala kata 'sebab' mempunyai dua fungsi iaitu sebagai kata nama dan kata hubung.

Contoh:
1. Dia menyatakan sebab dia bertindak demikian. (kata 'sebab' sebagai kata nama)
2. Dia tidak dapat ke sekolah sebab demam. (kata 'sebab' sebagai kata hubung)

#panduanbahasa
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-89338812822029611932016-04-22T22:27:00.000+08:002016-04-25T22:28:59.225+08:00Burung PegarHarapkan pagar, pagar makan padi.

Harapkan pegar, pegar makan padi.

PAGAR atau PEGAR?

Inilah burung pegar yang dikatakan amat menggemari padi itu. Kalau dah tahu burung ini suka makan padi, kenapa pula diberi kepercayaan dan dipilih untuk menjaga padi? Haaa.. pilihlah lagi!

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-7364159876988970912012-08-01T11:51:00.000+08:002013-08-02T15:53:42.788+08:00Jangan melepaskan batuk di tangga!Tentu kalian pelajar-pelajar pernah mendengar perumpamaan ini bukan? Seperti melepaskan batuk di tangga - yang membawa maksud orang yang membuat kerja dengan tidak sempurna atau hanya mengambil syarat atau dengan kata lain, membuat kerja secara tidak bersungguh-sungguh. Perumpamaan ini boleh disamakan dengan perumpamaan "hangat-hangat tahi ayam", dipegang panas dicium jangan.

Namun begitu, apakah yang terbayang di kepala anda saat menggunakan peribahasa ini? Semasa saya kecil dahulu, saya membayangkan bahawa, seseorang yang menaiki atau menuruni tangga yang kemudiannya melepaskan batuk di tengah tangga? Dan, pernah juga terbayang pada kotak fikir saya, kalau mahu batuk, mana boleh batuk di tangga, nanti jatuh. Ini yang terlintas di kepala lewat mengenali dan diajarkan peribahasa-peribahasa dalam bahasa ibunda tercinta ini sewaktu saya di sekolah rendah dahulu. Acap kali t

erasa seperti ada yang tidak kena antara bayangan di kepala dan maksud yang dibawa peribahasa tersebut. Semasa menjadi guru, ada juga pelajar nakal yang menukarkan perumpamaan ini kepada "seperti melepaskan kentut di tangga". Kata mereka, kalau selalu batuk, apa salahnya kadang-kadang kita berkentut pula. Haihh!!

Sebenarnya pelajar-pelajar, yang dimaksudkan dengan "batuk" itu bukanlah melepaskan batuk "uhuk..uhuk" tetapi melepaskan batok. "Batok" ialah kata pinjaman daripada bahasa Jawa yang membawa maksud "tempurung", iaitu pencedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dahulu kala di rumah datuk nenek kita untuk mencedok air di dalam tempayan buat membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Perubahan ejaan jawi kepada rumi menyebabkan pengecualian pola keselarasan vokal yang terpakai pada "batok" turut bertukar kepada "batuk". Hal ini menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam perumpamaan ini.

Dalam peribahasa ini, sama ada membuat kerja secara tidak bersungguh-sungguh atau tidak boleh dilihat apabila kita menggunakan batok tersebut. Kita sepatutnya meletakkannya semula di dalam tempayan atau di atas penutup tempayan dan bukan hanya ditinggalkan di atas tangga begitu sahaja, atau dilemparkan sahaja dari atas tangga. Maksud jelasnya ialah kita tidak menyelesaikan kerja dengan habis sempurna. Begitulah..

Hasil pencarian Pakcik Google, saya menemukan beberapa keping gambar batok atau pencedok daripada tempurung kelapa.

Tetapi, perlukah kita menukarkannya kepada ejaan "batok"? Mengikut pakar bahasa, gunakanlah yang sedia ada, kekalkanlah penggunaan kata "batuk" sebab telah lazim digunakan. Yang penting kita tahu asal usul makna kata tersebut.

Wallahu 'alam...

Cikgu Za...

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-68588717229644547022012-07-05T14:56:00.000+08:002012-07-27T14:06:13.812+08:00Penyerapan unsur asing dalam bahasa MelayuTidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Sebagai bahasa yang pesat berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik.

Terdapat banyak faktor yang mendorong sesuatu bahasa itu termasuklah bahasa Melayu untuk mengambil unsur-unsur asing, antaranya ialah :

i. Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu.

ii. Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

iii. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri.

iv. Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan.

Terdapat 5 unsur yang boleh dipinjam daripada sesuatu bahasa luar dan bahasa Melayu telah meminjam kesemua unsur ini untuk memantapkan lagi strukturnya. Unsur-unsur itu ialah:

i Unsur perkataan (kosa kata/ perbendaharaan kata)

ii. Bentuk huruf dan sistem tulisan

iii. Sistem bunyi (bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu, seperti kh, gh, sy, f dll)

iv. Imbuhan

v. Peribahasa

Namun begitu, kita tidak menerima struktur ayat dalam bahasa asing dalam bahasa Melayu.

Unsur-unsur bahasa asing masuk ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara penutur-penutur bahasa yang berkenaan. Pertembungan antara penutur boleh berlaku dalam hal-hal seperti di bawah:

i. Melalui proses peperangan dan penjajahan politik

ii. Proses perniagaan dan urusan perdagangan.

iii Melalui hubungan penjiranan dan persahabatan.

iv. Melalui aspek pendidikan dan penyebaran agama.

Penyerapan unsur kosa kata asing dalam bahasa Melayu melalui keempat-empat proses di atas. Aspek peperangan dan penjajahan politik telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Manakala aspek perniagaan, urusan berjual-beli dan pendidikan serta penyebaran agama Islam. Perkataan-perkataan yang dibawa masuk termasuklah melalui peminjaman daripada bahasa Sanskrit, dan Arab.

Penjiranan dan persahabatan pula telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa China, Tamil dan dialek Indonesia

JENIS-JENIS PEMINJAMAN

i. Peminjaman tulen

ii. Peminjaman maksud

iii. Peminjaman kacukan

iv. Peminjaman pemerian

v. Peminjaman berpindah

vi. Peminjaman dialek

vii. Peminjaman kuno

KESAN PEMINJAMAN

Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris.

Peminjaman Kosa Kata

1. Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa Cina, Tamil, Siam, Belanda, Portugis, Parsi, Hindustan dan Jawa ada juga memberi sumbangan dalam bentuk peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu.

2. Unsur-unsur bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini. Mereka akan menggunakan bahasa Sanskrit.

3. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk. Contoh :

a. Agama dan falsafah

Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara

b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan

Amra, angsana, cempaka, melati, penaga

c. Istilah Abstrak

Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha,

d. Hubungan dan kekeluargaan

Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru

d. Alam semula jadi

angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

e. bahagian tubuh badan

anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi

f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan

desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri

g. penyakit

selesema, demam, kusta,

h. Haiwan dan Margastua

angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat

i. perdagangan dan barangan

arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat

PENYERAPAN UNSUR BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU

Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara peranan utama Islam dan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu ialah pengenalan sistem tulisan. Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem tulisan menggantikan sistem tulisan Pallawa dan Nagiri.

Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Persoalan awal yang ditulis ialah seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat. Pada ketika ini, bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa yang penting di Kepulauan Melayu.

Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Semasa Melaka di bawah tampuk pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.

Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu pula memainkan peranan utama sebagai bahasa penyebaran ajaran-ajaran Islam. Sistem tulisan yang diperkenalkan ialah tulisan Jawi.

Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaiatu daripada alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya.

Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keagamaan. Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja.

Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya.

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah;

a. Berkenaan agama

Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.

b. berkenaan ilmu

ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab, sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas, huruf, baki dsb.

c. Berkenaan fikiran dan Perasaan

Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham, musibah dsb

d.Berkenaan hukuman dan peraturan

Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur, daftar dsb

e. Adat dan pergaulan manusia

kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan

Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh, kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat dsb.

PENYERAPAN MASUK UNSUR BAHASA-BAHASA EROPAH DALAM BAHASA MELAYU

PENYERAPAN MASUK KOSA KATA BAHASA INGGREIS

Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi kesan semerta kepada bahasa Melayu. Pengenalan bahasa melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat menguasai bahasa Inggeris akan mendapat keutamaan.

Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ; saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, setokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA PORTUGIS

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah

baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega, keju, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembakau, tangki, pita dsb

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA BELANDA

Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:

engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar, peleser, permisi, dansa, super dsb

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA TAMIL, HINFUSTAN, PARSI dan CINA

Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko dan banyak lagi

Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi, topi dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung, dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh dan banyak lagi.

PEMINJAMAN IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU

1. Secara umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut.

i. imbuhan Sanskrit - maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, -wan, -man, -wati, -nita

ii. imbuhan Arab-Parsi: -bi-, -i, -wi, -iah, -in, -at, -ah

iii. imbuhan Yunani-Latin-Inggeris : pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, -al, -is

FNM/putra2012

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-26258643085440995682011-12-16T19:55:00.012+08:002011-12-16T22:09:09.849+08:00Analisis Soalan dan Jawapan Cadangan Soalan Sintaksis Kertas Bahasa Melayu 1 STPM 2011
Untuk tajuk Sintaksis Bahasa Melayu, 13 soalan telah dikemukakan pada tahun ini (soalan nombor 44 - soalan 56).

Analisis soalan:

Soalan 44 : Yang manakah contoh yang betul bagi ayat tanya tertutup dan ayat tanya terbuka?

Jawapan: : C
Ayat tanya tertutup: Petani diberi subsidi lagi?
Ayat tanya terbuka: Siapakah yang membenarkan dia masuk?

Catatan: Ayat tanya tertutup ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidak/ bukan.
Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/ bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Soalan 45 : Yang manakah ayat yang mempunyai frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama subjek?

I Panas baran membawa padah.
II Kusut-masai rambut pengemis itu.
III Merah jambu warna kegemaran saya.
IV Pucat lesi pesakit kanser di wad hospital itu.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Jawapan : B (I dan III)

Analisis jawapan:
I Panas baran membawa padah. [Sifat panas baran] s [membawa padah]p - pengguguran unsur dalam frasa nama.
II Kusut-masai rambut pengemis itu. [Rambut pengemis itu] s [kusut-masai] p - pendepanan predikat.
III Merah jambu warna kegemaran saya. [Warna merah jambu] s [warna kegemaran saya]p - pengguguran unsur dalam frasa nama.
IV Pucat lesi pesakit kanser di wad hospital itu. [Pesakit kanser] s [pucat lesi di wad hospital itu]p - pedepanan predikat.

Soalan 46:

Kebuluran meninggalkan kesan yang lebih buruk kerana orang yang lapar sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengisi perut mereka.

Ayat di atas ialah ayat majmuk

A campuran
B keterangan
C pancangan relatif
D pancangan komplemen

Jawapan: A (ayat majmuk campuran iaitu ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.)

Soalan 47:
-Mengandungi 2 kata penghubung ayat
-Mengandungi sekurang-kurangnya 2 konstituen subjek dan dua konstituen predikat.

Yang manakah ayat yang mengandungi ciri-ciri atas?

A Banglo mewah di tepi bukit yang tinggi itu ialah milik Datuk Hamid.
B Pelukis muda dari utara tanah air itu suka berkarya untuk kepuasan dirinya. (untuk dalam ayat ini berfungsi sebagai kata sendi nama, bukan kata penghubung ayat)
C Burung helang yang besar itu terbang rendah kerana ingin menyambar seekor ayam.
D Demi mempertahankan maruah negara, pejuang-pejuang dahulu sanggup berkorban nyawa.

Jawapan: C (mempunyai dua kata penghubung ayat iaitu yang dan kerana)

Soalan 48: Yang manakah ayat yang gramatis?

A Dengan melaksanakan projek itu, meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. (tiada subjek)
B Untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, memerlukan modal yang besar. (tiada subjek)
C Dengan adanya aktiviti kitar semula dapat mengelakkan berlakunya pembaziran sumber. (tiada subjek)
D Untuk memperoleh pendapatan, banyak sekali bidang pekerjaan yang boleh diterokai oleh siswazah.

Jawapan: D

Catatan:
Maksud ayat yang gramatis ialah ayat yang sempurna, lengkap dan tepat tatabahasanya.

Soalan 49: Yang manakah ayat yang boleh dipasifkan?

A Encik Din sedang mengelamun di luar pejabatnya.
B Bandar raya Kuala Lumpur membangun dengan pesat.
C Saya menghadiahkan sehelai selendang kepada Puan Salmi.
D Penyanyi pujaan itu sedang bernyanyi sambil menari di atas pentas.

Jawapan: C
Analisis:
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek dan terhasil daripada ayat yang mengandungi kata kerja transitif sahaja. Hanya ayat C sahaja yang boleh dipasifkan, iaitu : Sehelai selendang (objek) telah saya hadiahi kepada Puan Salmi daripada ayat aktif: Saya menghadiahkan sehelai selendang kepada Puan Salmi.

Soalan 50: Yang manakah padanan yang betul antara pola ayat dasar dengan contoh ayatnya?

I FN + FN - Y - [Ceritanya]FN [hanya alasan].FN
II FN + FK - Z - [Ciptaan sains]FN [memudahkan kehidupan manusia].FK
III FN + FA - W - [Suaminya]FN [tinggi lampai]. FA
IV FN + FSn - X - [Namanya]FN [di atas sekali].FSn

Jawapan: D (Y, Z, W, X)

Soalan 51: Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?

A Dia kini berada di luar negara.
B Ayah suka berkebun pada masa lapang.
C Pelajar itu berterima kasih kepada gurunya.
D Kesihatan ibu itu beransur baik sejak kepulangan anaknya.

Jawapan: B
Catatan:
Pelajar boleh menggunakan Kaedah Noktah untuk memudahkan analisis mengenal pasti kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau berpelengkap. Sekiranya tanda noktah diletakkan selepas sesuatu kata kerja, ayat tersebut sudah lengkap atau tepat, hal ini bermakna ayat itu mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Soalan 52: Yang manakah ayat dasar?

A Anak ikan kelisa itu telah mati.
B Jemput ke rumah petang ini jika ada kelapangan.
C Dialah yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
D Ali dan Ramu berjiran sejak kawasan itu diteroka.

Jawapan: A
Catatan:
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sahaja, ayat aktif dan ayat yang mempunyai satu klausa sahaja (ayat tunggal). Ayat B bukan ayat dasar kerana ayat ini ialah ayat silaan. Ayat C dan D pula ialah ayat majmuk, iaitu ayat terbitan yang terhasil melalui proses peluasan dan proses pengguguran.

Soalan 53: Yang manakah ayat keterangan syarat?

A Isterinya bekerja keras untuk menambah pendapatan keluarga. (Keterangann tujuan)
B Budak miskin itu berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. (Keterangan akibat)
C Kami akan menunaikan fardu haji pada tahun hadapan seandainya tidak ada aral melintang. (Keterangan syarat)
D Pak Hassan dan keluarganya berpindah juga ke bandar walaupun berat hatinya untuk meninggalkan kampung. (Keterangan pertentangan)

Jawapan: C

Soalan 54:

Ayat keterangan + Ayat relatif

Yang manakah ayat yang menepati binaan di atas?

A Kakak menyatakan bahawa nasi yang ditanaknya hangit. (ayat komplemen + ayat relatif)
B Mak Siti membuat kek yang akan menjadi hidangan pengantin. (ayat relatif sahaja)
C Ayahnya datang dengan menaiki kereta sewa yang dipandu oleh seorang wanita. (ayat keterangan + ayat relatif)
D Pelajar cemerlang itu menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapainya adalah atas berkat doa ibu bapanya. (Ayat komplemen + ayat relatif)

Jawapan : C

Soalan 55:
Yang manakah padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenis keterangan dalam jadual di atas?

I Andai kata berjaya, penyelidik itu akan terkenal di seluruh dunia. R - Keterangan syarat
II Setelah pertunjukan tamat, orang ramai bertepuk tangan. Q - Keterangan waktu
III Dengan basikal orang tuanya itu, dia ke sekolah. S - Keterangan cara
IV Bagi memastikan projek itu berjaya, bilangan pekerja perlu ditambah. P - Keterangan tujuan

Jawapan: C (R, Q, S, P)

Soalan 56:
Yang manakah padanan yang betul antara perasaan dengan contoh ayat seru dalam jadual di atas?

I Perasaan marah - R - Cis, sanggup engkau berbuat durjana!
II Perasaan sedih - S - Aduhai, sia-sia saja menasihatinya!
III Perasaan kagum - P - Wah, tingginya menara itu!
IV Perasaan terkejut - Q - Eh, adik sudah pandai mengira!

Jawapan: D (R, S, P, Q)

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-74500418162068353382011-11-23T18:10:00.008+08:002011-12-11T14:40:24.161+08:00Cadangan Jawapan Soalan Bahagian D (Alih Bentuk Teks) Bahasa Melayu Kertas 2 STPM 2011

Syukurlah, peperiksaan untuk Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (910/2) telah selesai petang tadi. Soalan yang dikemukakan bukanlah soalan yang asing bagi pelajar-pelajar saya, juga calon-calon STPM yang lain.

Soalan Bahagian D misalnya, iaitu soalan Analisis Kesalahan Bahasa yang memerlukan calon mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan dan menjelaskan sebab kesalahan serta membuat pembetulan, mengemukakan kesalahan-kesalahan biasa yang sering ditanya dalam peperiksaan sebelum ini. Tidaklah menjadi suatu yang mustahil untuk calon memperoleh markah yang tinggi (cemerlang) untuk bahagian ini, iaitu antara 12 hingga 15 markah. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.

Petikan yang dikemukakan:

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum, kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini memberikan manfaat kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.

Saya telah mengesan 5 kesalahan yang terdapat dalam petikan, sebagai mana frasa/ perkataan yang berhuruf condong dan ditebalkan di bawah;

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Selain bidang kurikulum, kokurikulum juga penting sebagai agen pengimbang yang dapat mengenengahkan potensi, bakat, kepemimpinan, dan minat pelajar. Kokurikulum adalah merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terutamanya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dengan adanya aktiviti sukan, aktiviti persatuan, dan aktiviti badan beruniform, kemahiran berkomunikasi, daya kepemimpinan, dan penjanaan idea dapat ditingkatkan. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjanakan kreativiti dan memupuk kemahiran pelajar. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini memberikan manfaat kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke universiti.

Antara kesalahan yang telah dikenal pasti:

1. ...saling berkait rapat...
2. ...yang dapat mengenengahkan potensi...
3. ...adalah merupakan wadah...
4. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan -
5. ...memajukan lagi bidang kokurikulum...

Analisis sebab kesalahan:
1. ...saling berkait rapat...

Jenis kesalahan: unsur lewah, frasa "berkait rapat" sudah membawa maksud bersalingan, tidak perlu menggunakan perkataan "saling".

Cadangan jawapan: saling berkait/ berkait rapat

2. ...yang dapat mengenengahkan potensi...

Jenis kesalahan: Kesalahan imbuhan. Kata dasar bagi perkataan "mengetengahkan" ialah "ke tengah", bukan "ke nengah". Jikapun berlaku perubahan pada huruf awal kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s dalam proses pengimbuhan, yang berubah hanyalah bunyi pertama sahaja.

Cadangan jawapan: mengetengahkan

3. ...adalah merupakan...

Jenis kesalahan: kesalahan kata pemeri. Kata pemeri "adalah" hanya boleh digunakan sebelum kata sendi nama dan kata adjektif sahaja, bukan kata kerja.

Cadangan jawapan: ... kokurikulum merupakan wadah...

4. Dengan itu, dapat menimba pelbagai ilmu tambahan -

Jenis kesalahan: kesalahan struktur ayat/ ayat tergantung/ ayat yang tidak mempunyai subjek.

Cadangan jawapan: Dengan itu, pelajar dapat menimba pelbagai ilmu tambahan.

5. ...memajukan lagi bidang kokurikulum...

Jenis kesalahan: kesalahan frasa kerja transitif. Kata kerja "memajukan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek (kata nama), bukan kata sendi nama.

Cadangan jawapan: ...memajukan bidang kokurikulum lagi...

Catatan:

Semua jawapan di atas hanyalah jawapan dari kaca mata saya, bukan jawapan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-7771828869593650262011-07-03T12:21:00.002+08:002011-07-03T12:29:50.527+08:00Menyampaikan isi karanganCadangan Isi Langkah : melalui penguatkuasaan undang-undang

APA?
-Penguatkuasaan undang-undang

BAGAIMANA?
- buat pemantauan di sempadan.
- tangkap pendatang asing tanpa izin
- hantar mereka pulang
- kenakan hukuman berat kepada penduduk tempatan yang melindungi mereka

MENGAPA?
- ingatkan pekerja asing tentang kesukaran memasuki negara ini
- berikan kesedaran kepada rakyat negara ini tentang hukuman yang bakal dihadapi

APA KESAN SELANJUTNYA?
Jika penguatkuasaan undang-undang ini berkesan, kemasukan pekerja asing akan berkurang.

CONTOH PENULISAN ISI KARANGAN YANG LENGKAP:

Langkah mengatasi masalah kehadiran pendatang asing tanpa izin ini adalah melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang.(Sebut isi) Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa hendaklah membuat pemantauan yang berterusan di sempadan negara untuk menangkap mereka. Pendatang asing yang dapat ditangkap akan dihantar pulang dan dikenakan hukuman yang berat ke atas mereka. Hukuman yang berat juga wajar dikenakan kepada penduduk tempatan yang melindungi mereka Tindakan sebegini dapat mengingatkan pekerja asing tentang kesukaran memasuki negara ini dan turut memberikan kesedaran kepada rakyat negara ini tentang hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka membantu pendatang tersebut. (Hurai isi) Jika penguatkuasaan undang-undang seperti ini berkesan, kemasukan pekerja asing sudah pasti akan berkurang. (Simpul isi) [100 patah perkataan]

INGAT!: Soalan berbentuk cadangan memerlukan huraian yang menggunakan perkataan hendaklah /sewajarnya/ perlulah/ mestilah/ haruslah dll

Contoh Isi Faktor: Punca remaja terjebak dalam gejala sosial: Kelalaian ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka.

Punca utama masalah remaja terjebak dalam gejala sosial ialah kelalaian ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. (Nyatakan isi) Kini, ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa untuk mendidik anak-anak dengan sempurna. Sejak kecil kebanyakan ibu bapa mengalihkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pengasuh. Waktu untuk ibu bapa berada di rumah bersama-sama keluarga yang terbatas menyebabkan kenakalan anak-anak tidak dapat dipantau oleh ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Anak-anak pula berasa ibu bapa tidak menyayangi mereka, lantas melakukan sesuatu yang agresif untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. (Hurai isi) Sekiranya kenakalan anak-anak tidak dipantau, kenakalan itu mungkin akan membenihkan gejala sosial yang lebih serius. (Simpul isi)
[97 patah]

Contoh Isi Kesan: Kesan kemasukan pekerja asing di negara ini: Budaya hidup masyarakat tempatan tercemar

Budaya hidup masyarakat tempatan turut tercemar akibat kemasukan pekerja asing di negara ini. (Sebut isi) Perkara ini berlaku kerana pekerja asing pasti akan mengamalkan budaya hidup mereka di negara ini, yang kebanyakannya bertentangan dengan budaya hidup masyarakat tempatan. Contohnya, budaya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tingkah laku yang kasar, dan berbagai-bagai perlakuan di luar batas susila ketimuran boleh mempengaruhi anak-anak muda tempatan untuk meniru gelagat mereka. Perkara ini bukan sahaja berlaku di kota-kota besar di negara kita, malah kini sudah menular ke kampung. (Hurai isi) Ini bererti, jika kemasukan pekerja asing dibiarkan berleluasa, tidak mustahil budaya sopan santun yang menjadi identiti masyarakat tempatan akan hilang. (Simpul isi)
[102 patah perkataan]

Contoh frasa yang boleh digunakan dalam penulisan isi karangan

1) Faktor ibu bapa yang sibuk menjadi punca utama….
2) Pelbagai punca yang dikenal pasti….
3) Punca utama masalah… ialah….
4) Pertambahan bilangan kenderaan juga menjadi faktor…
5) Terdapat pelbagai langkah yang dapat dijalankan…
6) Salah satu langkah yang paling berkesan ialah…
7) Selain itu, faktor…
8) Di samping itu, sikap remaja juga…
9) Selain itu, kerajaan juga…
10) Langkah lain yang boleh diambil termasuklah….
11) Penguatkuasaan undang-undang ialah langkah terbaik bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar.

Frasa yang boleh digunakan dalam huraian isi karangan

1) Hal ini berlaku kerana…
2) Hal ini demikian kerana…
3) Hal ini disebabkan oleh…
4) Walaupun begitu,
5) Dengan kata lain,
6) Seharusnya kita sebagai…
7) Sehubungan dengan itu…
8) Namun demikian, perkara itu….
9) Namun begitu, hal ini….
10) Sungguhpun begitu hal ini…

Untuk Menyatakan Contoh dalam Karangan

1) Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh……..kes….
2) Masyarakat boleh membantu dalam usaha untuk mengatasi….ini,misalnya….
3) ……..kes terbaharu ialah….
4) Sebagai contoh….

PANDUAN MEMBUAT KESIMPULAN

Kesimpulan yang baik akan diberikan 3 markah. Antara perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa menulis kesimpulan adalah seperti yang berikut.
• Menyimpulkan perkara yang ditulis dan memberikan pandangan
• Masukkan peribahasa, cogan kata, statistik, pendapat tokoh yang berwibawa yang berkaitan
• Bebas daripada kesalahan bahasa

AYAT 1 : Sentuh semula isu (ayat lain)
AYAT 2-4 : Ulas sedikit isi
AYAT 5 : Beri pandangan( harapan/ cadangan/ amaran)
Bahan sokongan (pepatah/ cogan kata dll)

Contoh Kesimpulan:
Kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu pembentukan jati diri mereka. Melalui aktiviti tertentu, pengetahuan dan pengalaman pelajar akan bertambah. Selain itu, generasi muda yang berdisiplin dan bertanggungjawab dapat dilahirkan. Nilai-nilai tersebut amat penting untuk melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang. Oleh sebab itu, Menteri Pelajaran Malaysia, pernah menyatakan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, sekali gus bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
[87 patah perkataan]

Selamat menulis karangan yang baik dan berkesan!
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-76982952510375763072011-07-03T12:02:00.004+08:002011-07-03T12:20:48.920+08:00Panduan menghasilkan karangan STPM yang mantap1. Bagaimanakah pendahuluan karangan yang baik?

Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus soalan.
Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.
Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek.
Panjang pendahuluan, lebih kurang 80 patah perkataan.

AYAT 1 : Sebut isu secara umum/ latar belakang isu yang berkaitan tajuk
AYAT 2-4: Ulas isu + huraian
AYAT 5 : Bayangan kehendak soalan [≥ 80 patah]

2. CONTOH PENYAMPAIAN PENDAHULUAN

Kehendak soalan: Manfaat yang diperoleh negara yang menganjurkan kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.

(1) Kejohanan sukan di peringkat antarabangsa telah berlangsung sejak dahulu. (Sebut isu secara umum) (2) Antara kejohanan sukan yang popular ialah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Kejohanan Badminton Piala Thomas, Bola Sepak Piala Dunia, dan lain-lain. (3) Untuk menganjurkan kejohanan sukan yang sedemikian, negara memerlukan wang yang banyak, khususnya bagi menyediakan prasarana sukan yang lengkap dan terkini. (4) Meskipun begitu, banyak negara telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan yang berprestij itu. (Ulas isu + huraian) (5) Situasi ini menunjukkan bahawa negara yang terpilih menjadi tuan rumah akan memperoleh berbagai-bagai manfaat daripada penganjuran sukan tersebut. (Bayangan kehendak soalan) [84 patah perkataan]

Contoh Ayat Pertama Pendahuluan Karangan

Sekiranya anda menghadapi masalah hendak memulakan ayat dalam karangan, contoh di bawah boleh anda gunakan! [Ingat! Latihan yang banyak akan memahirkan kita.]
(A)
1. Pendapatan negara banyak bergantung kepada industri…(ISU)…..
2. Sejak dahulu lagi, industri …(ISU)…..merupakan sektor yang penting.
3. Tidak dapat dinafikan bahawa industri …(ISU)…... di Malaysia sangat penting.
4. Perkembangan …(ISU)…..yang pesat umumnya membawa manfaat kepada manusia atau penduduk di sesebuah negara.
5. Sejak sedekad kebelakangan ini, Malaysia …(ISU)…..
6. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)…..Memang tidak dinafikan bahawa…(ISU)…..
7. …(ISU)…..memang telah lama diamalkan di negara ini.
8. …(ISU)….. memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini.

(B)
1. Dalam era sains dan teknologi ini, gejala …(ISU)…..kian hari kian berleluasa.
2. …(ISU)…..adalah merupakan satu topik yang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini.
3. Dewasa ini, adalah amat menyedihkan apabila berlakunya …(ISU)….. di Malaysia.
4. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kes …(ISU)….. ini semakin meningkat.
5. Sejak akhir-akhir ini, …(ISU)…...menjadi isu yang hangat diperkatakan.
6. Masalah …(ISU)….. menjadi semakin membimbangkan beberapa tahun kebelakangan ini berbanding dua atau tiga dekad yang lalu.
7. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)…...
8. Memang tidak dapat dinafikan bahawa …(ISU)…..

PANDUAN MENGHURAIKAN ISI KARANGAN YANG MANTAP:

Contoh huraian isi karangan

1. Nyatakan isi (Contoh isi :Penguatkuasaan undang-undang)

2. Nyatakan sebab anda berpendapat sedemikian?

a) Jawab soalan: Bagaimana ? (cara untuk laksana)
-pemantauan
-denda
-gantung lesen
-hentikan perkhidmatan

Mengapa? (sebab)
-kehidupan sempurna
-menimbulkan kesedaran
-pengajaran

b) Maklumat sokongan
-Contoh
-Peratus
-Statistik
-Pendapat orang
-Peribahasa
-Cogan kata
-Hadis

3 Rumusan kecil bagi setiap perenggan, iaitu selepas anda menghuraikan isi (mengikut kesesuaian)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-28666931153128649112011-07-03T11:51:00.004+08:002011-07-03T12:02:11.950+08:00Penulisan Karangan Bahasa Melayu STPMPenulisan karangan secara tidak langsung akan memberikan gambaran tentang cara berfikir, kematangan idea, dan penguasaan bahasa penulisnya. Dari aspek yang lain pula, tahap ilmu pengetahuan, maklumat dan keupayaan penulis memanfaatkannya dapat diukur melalui penulisan karangan. Meskipun begitu, pelajar yang dapat menghasilkan karangan sedemikian amat kecil bilangannya walaupun sudah berada pada tahap pembelajaran prauniversiti.

Disiplin Penulisan Karangan:

1. Karangan pada peringkat STPM adalah antara 650 hingga 700 patah perkataan (50 markah), iaitu:

- 1 pendahuluan - anggaran 70 hingga 80 patah perkataan
- 6 isi karangan - setiap isi, 80 hingga 90 patah perkataan
- 1 kesimpulan - anggaran 70 hingga 80 patah perkataan

2. Tiada kesalahan ayat dan frasa
3. Mematuhi format, khususnya bagi karangan berformat
4. Karangan dinilai berdasarkan perkara yang berikut:

a) Pendahuluan (P) + Isi (I) + Kesimpulan (K) = Kerelevanan (R) [21 m]
P = 3 m; I = 15 m @ 3m ; K = 3m)
b) Pengolahan (P) = [14 m]
c) Kebahasaan (B) = [15 m]
Jumlah = 50 markah

Peringatan: Markah akan ditolak sekiranya karangan kurang daripada 650 patah perkataan (maksimum sehingga 6 markah boleh ditolak).

5. Bagi karangan yang lebih daripada 700 patah perkataan pula, bahagian yang lebih itu tidak akan dibaca.
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-5901705061598387982011-01-20T22:16:00.001+08:002011-01-28T23:49:34.775+08:00MEMORANDUM MEMPERTAHANKAN NOVEL INTERLOKKepada:
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Isu novel Interlok yang hangat diperkatakan sekarang sehingga melibatkan campur tangan politik dan badan bukan kerajaan perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Percampuran antara politik dengan bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan hanya akan menimbulkan pergeseran yang tidak berkesudahan.

Bagi menangani kemelut tersebut, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menganjurkan Dialog Novel Interlok pada 8 Januari 2010, bertempat di rumah PENA yang dihadiri para sarjana sastera dan penulis tanah air. Ahli Panel terdiri daripada pengkaji sastera dan penulis, Dr.Ilias Zaidi, Dr.Fatimah Busu dan Penerima Anugerah Penulis Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Syed Mohd. Zakir S. Othman dan dipengerusikan oleh Presiden PENA, Sdr. Mohamad Saleeh Rahamad. Antara sarjana yang turut serta ialah Profesor Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar, Dr. Mohd.Hanafi Ibrahim, Dr. Fatimah Busu, Dr. Norhayati Abd. Rahman, Profesor Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

PENA juga telah menemui Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain pada 18 Disember 2010, di rumah anaknya di Puchong yang diwakili oleh Timbalan Presiden PENA, Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah bersama dengan wartawan Berita Harian, Sdr. Nazmi Yaakub. PENA bersama-sama beberapa orang sarjana sekali lagi telah menemui SN Datuk Abdullah Hussain, di rumahnya di Petaling Jaya pada 8 Januari 2011. Pertemuan tersebut diketuai Presiden PENA, Sdr. Mohamad Saleeh Rahamad berserta Timbalannya Amiruddin Md. Ali Hanafiah dan Ahli Jawatankuasa PENA, Rahimidin Zahari dan Dr. Mohd. Hanafi Ibrahim. Antara sarjana lain yang turut hadir ialah Dr. Fatimah Busu dan Dr. Norhayati Abd.Rahman serta editor Dewan Sastera, Puan Rozninah Abd. Azib. Pertemuan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang penghasilan novel Interlok di samping menziarahinya yang sedang uzur.

Seterusnya, PENA juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil badan bukan kerajaan bagi membincangkan isu tersebut pada 9 Januari 2011 di Rumah PENA. Antara wakil yang hadir ialah Dr. Hassan Mad (Majlis Permuafakatan Melayu), Profesor Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, Presiden Mimbar Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Sdr. Zainal Mohd. Jais, Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Sdr. Abu Hassan Ashari Hj. Abas, Naib Ketua PERKASA Daerah Klang, Hj. Megat Md. Saleh Md. Arshad, Timbalan Setiausaha Agung KONGRES, dan Haji Razali Endon, Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu (IPM).

Daripada perbincangan dan persetujuan yang disepakati, PENA serta beberapa badan bukan kerajaan yang namanya disenaraikan meminta Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan novel Interlok sebagai teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan lima. Kami juga dengan tegas menolak sebarang campur tangan politik yang berpentingan peribadi dan bersifat politik perkauman. Kami juga menolak tuntutan supaya novel itu dipinda jika alasannya adalah kerana wujudnya unsur penghinaan terhadap kaum tertentu. Bagi kami, tiada unsur penghinaan sama sekali dalam novel itu.

Bagi menegaskan pendirian kami, satu laporan polis telah dibuat pada 10 Januari 2011 di Balai Polis Dang Wangi (no repot:000943/11) ekoran tindakan segelintir orang India membakar novel Interlok dan menghina gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Kelang pada 8 Januari dan dilaporkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 9 Januari 2011. Kami menyifatkan perbuatan itu melampau dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Sebagai badan penulis, kami berasa bahawa penghinaan itu sangat biadab apatah lagi dilakukan terhadap Sasterawan Negara yang menerima anugerah tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, penghinaan terhadap Sasterawan Negara bukan sahaja dapat dianggap sebagai penghinaan terhadap orang Melayu dan penulis, malahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dengan ini, PENA menyerahkan memorandum ini kepada YAB Tan Sri dengan maksud meminta YAB Tan Sri mengekalkan novel Interlok tanpa tunduk kepada sebarang tuntutan daripada pihak yang menentangnya. Pendirian ini berdasarkan alasan yang berikut:

1. Novel Interlok ialah novel sejarah pembinaan bangsa dan pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka. Daripada novel tersebut dapat dipelajari susur galur pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang wujud hari ini. Dengan kata lain, sejarah sosial negara ini dapat diikuti secara halus kerana paparannya dalam bentuk seni. Secara tidak langsung pelajar dapat mmahami sejarah sekali gus mempelajari nilai sastera dan bahasa melalui novel tersebut.

2. Novel Interlok menampilkan peranan penting tiga kaum terbesar di Tanah Melayu yang saling membangunkan kegiatan ekonomi, politik dan sosiobudaya, iaitu Melayu, Cina dan India tanpa prejudis dan bias perkauman. Gambaran realiti masyarakat tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dipaparkan tanpa menghakimi mana-mana kaum tetapi menggagaskan harapan wujudnya perpaduan yang mutlak.

3. Interlok menceritakan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20, dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Ia juga mengisahkan kehidupan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik budaya, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti dalam bab akhir (bab 4), iaitu Interlok.

4. Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini sebaliknya menonjolkan gagasan perpaduan untuk melestarikan kemerdekaan bagi sebuah negara yang baru dibentuk dan berdaulat. Perkara ini dapat dijelaskan melalui diskusi ilmiah yang diadakan di Rumah PENA pada 8 Januari yang kemudian dilaporkan atau diulas oleh wartawan dalam Berita Harian bertarikh 9 Januari 2011 dan sebuah tulisan dalam akhbar The Star. Antara tulisan yang dapat dirujuk adalah daripada penulis yang berikut dan karya mereka kami lampirkan:

5. Fatimah Busu (kertas kerja diskusi di Rumah PENA)
6. Datuk Meor Kamarul Shahid Kamarul Baid (Berita Minggu, 9 Januari 2011)
7. Baradan Kuppusamy (Sunday Star, 9 Januari 2011)

Dengan penjelasan itu, telah terbuktilah bahawa premis yang digunakan oleh para sarjana dan penulis itu mampu menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh pihak penentang novel Interlok. Pandangan mereka itu adalah informatif, signifikan, lebih relevan dan tidak bersifat bias etnik sama sekali.

8. Interlok ditulis untuk menyahut seruan pemimpin negara supaya menghasilkan karya yang mengisi kemerdekaan negara dan menghayati semangat perpaduan kaum. Melalui Sayembara Menulis Novel 10 Tahun Merdeka, novel tersebut dihasilkan dengan niat yang murni. Malahan menurut pengarangnya, Abdullah Hussain, dalam pertemuan PENA dengan beliau pada 8 Januari di rumahnya, novel itu ditulis dengan bantuan daripada seorang pensyarah India di jabatan Pengajian India Universiti Malaya. Ini bermakna, maklumat tersebut datangnya daripada etnik India dan sekali gus menunjukkan bahawa tiada unsur penghinaan mendasari penulisannya. Pandangan beliau ini juga dapat dilihat dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2011.

9. Setelah 40 tahun novel yang memenangi hadiah saguhati Sayembara Menulis Novel Sempena 10 tahun Merdeka itu diterbitkan, tidak pernah timbul sebarang isu atau kesan negatif dalam masyarakat dan ini membuktikan novel Interlok tidak mengandungi unsur penghinaan. Malahan sebelum ini pun novel Interlok sudah menjadi teks sastera bagi tingkatan enam. Kenapakah tiada masalah kekeliruan timbul pada waktu itu. Adakah pada waktu itu masyarakat India tidak menyedarinya?

10. Tidak ada unsur penghinaan dalam karya tersebut, sebaliknya isu yang didakwa sesetengah pihak itu bersifat menghina dan menggugat kefahaman generasi masa kini tidak wujud sama sekali jika dibaca dengan akal yang waras dan objektif. Mesej dan matlamat novel ini jelas untuk mengangkat Malaysia sebagai negara yang bersih daripada pemisahan kasta. Novel ini bertujuan menimbulkan rasa kecintaan setiap kaum terhadap negara ini dan menjadi warganegara Malaysia yang mengakui kedaulatan negara ini dan menjunjung Perlembagaan serta budayanya.

11. Kami meragui hasrat dan niat pihak yang mempersoalkan perkara tersebut pada masa sekarang setelah empat dekad diterbitkan. Kami bimbang tanggapan negatif kelompok tertentu akan mencetuskan gejala yang tidak sihat kepada perpaduan yang telah wujud di negara ini. Melayani tuntutan yang tidak munasabah seperti itu hanya mendedahkan kerajaan kepada risiko sindrom takut pada ancaman demagogue politik.

12. Tuntutan yang dibuat oleh mereka adalah tidak munasabah dan boleh menyebabkan kerajaan sukar untuk menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang tegas dan berwibawa, serta akan mengganggu suasana harmoni persekolahan di negara ini.

13. Kesan penarikan balik novel ini akan merosakkan imej karya sastera yang bertaraf tinggi dan dihasilkan oleh Sasterawan Negara. Apabila karya Sasteraan Negara dianggap sebagai berunsur negatif dan menimbulkan kekeliruan, di manakah kayu ukur penilaian beliau sebagai Sasterawan Negara sebelum ini? Bukankah beliau telah dinilai secara telus dan terperinci sebelum dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang kemudian mendapat pengiktirafan daripada Yang di-Pertun Agong?

14. Teks tersebut telah dikaji secara mendalam sebelum diluluskan oleh panel yang berwibawa dan diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, tidak wajar kepercayaan yang telah diberikan ditarik balik. Penulis pada asalnya mengarang novel ini sempena Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1967. Peraduan ini diusulkan oleh Tun Abdul Razak (pada masa itu Timbalan Perdana Menteri) dalam satu ucapan makan malam anjuran PENA. Tun Abdul Razak ialah seorang pemimpin yang sangat prihatin tentang soal perpaduan, dan beliau pernah berkata dalam satu ucapan: "Masalah-masalah yang kita hadapi sekarang dan di masa-masa yang akan datang adalah adalah berlainan dengan masalah-masalah yang ada sebelum 13 Mei 1969." (Noor Azam. 1981. Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 7).

Novel ini memenangi hadiah sagu hati dan diterbitkan pada tahun 1971 atas arahan Tun Abdul Razak. Antara panel juri yang menilai penyertaan peraduan ini adalah mantan Ketua Hakim, Tan Sri Mohamed Suffian Hashim (Pengerusi Panel), termasuk sarjana universiti, sasterawan, wartawan serta pegawai tinggi kerajaan yang meminati sastera sebagai panel. Jika novel Interlok dipinda atau diubah isi kandungannya, ia seolah-olah mempertikaikan kewibawaan panel juri yang terdiri daripada kalangan mereka yang profesional dalam bidang masing-masing.

15. Mempertikaikan kewibawaan panel juri yang dipilih untuk menilai penyertaan Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka, termasuk menilai novel Interlok juga dianggap mempersoalkan kredibiliti Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri (kemudian menjadi Perdana Menteri) yang telah bersetuju dengan barisan panel juri penilai peraduan. Kami juga menganggap perbuatan mempersoalkan isi kandungan ataupun perkataan yang telah ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain ibarat menderhakai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenankan penganugerahan status Sasterawan Negara kepada Datuk Abdullah Hussain pada tahun 1996 atas kejerihan beliau memartabatkan kesusasteraan dan persuratan Malaysia, termasuklah menghasilkan novel Interlok.

Saranan
1. Kami menyokong penuh tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mencemari ketulenan novel Interlok yang telah berusia 44 tahun kerana ia jelas merakam realiti semasa mengenai masyarakat negara ini pada zaman pramerdeka. Sebenarnya sebelum diterbitkan dalam edisi pelajar memang telah dibuat beberapa pindaan bahasa yang dianggap tidak sesuai bagi pelajar. Namun begitu, pindaan seterusnya atas faktor kepentingan politik (yang tidak berasas) tidak wajar dilayan sama sekali. Desakan politik itu lebih bersifat provoksi dan ugutan kepada kerajaan sekali gus untuk menggugat keutuhan kerajaan sebagai pemerintah yang berwibawa.

2. Bagi mengatasi kekeliruan dalam kalangan pelajar seperti yang didakwa oleh pihak tertentu, kami menyarankan agar guru yang mengajarkan teks tersebut dilengkapi kemahiran bersepadu dengan ilmu bantu supaya mereka dapat membimbing pelajar dalam nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel Interlok. Penjelasan tentang konsep pariah dan nilai dalam agama Hindu yang disentuh dalam novel tersebut boleh dijelaskan oleh guru secara mudah sekiranya diperlukan. Malahan inilah antara perkara yang patut disentuh dalam kurikulum di sekolah mahupun dalam subjek Hubungan Etnik di institusi pengajian tinggi.

3. Isu ini hendaklah diselesaikan secara berhemah dan ilmiah serta ditangani dengan akal yang bijaksana agar tidak menjejaskan keharmonian masyarakat.

4. Oleh itu, dialog intelektual perlu diadakan segera antara pihak yang bertentangan pendapat bagi menjelaskan pandangan secara lebih ilmiah tanpa campur tangan kuasa politik. Dialog ini boleh dibuat dalam satu pertemuan meja bulat dan diwakili oleh pakar sejarah, pakar sastera dan badan bukan kerajaan yang prihatin, bukannya oleh sebuah jawatankuasa baharu yang mungkin akan tertakluk kepada kehendak politik pragmatik.

5. Penubuhan sebuah jawatankuasa baharu untuk mengkaji dan meminda buku itu tidak relevan sama sekali kerana segala penjelasan telah diberikan oleh para sarjana.

6. Kami menggesa Interlok dikekalkan kerana novel tersebut berperanan penting dalam membina generasi muda yang celik sejarah dan budaya dan menjunjung tinggi perlembagaan negara.

7. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang menghina Sasterawan Negara kerana kedudukannya sudah dimartabatkan melalui anugerah yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong. Penghinaan kepada beliau samalah seperti menghina Yang di-Pertuan Agong, yakni institusi yang tinggi di negara berdaulat ini.

8. Sudah sampai masanya kerajaan mewajibkan mata pelajaran sastera secara lebih serius pada peringkat sekolah dan universiti tanpa mengira aliran pengajian. Dengan pewajiban itu banyak manfaat akan diperoleh kerana kesusasteraan terbukti memiliki nilai pendidikan, moral, kehalusan rasa, intelektualiti, dan kreativiti yang dapat menjana pemikiran pelajar atau generasi muda negara ini. Pemisahan sastera daripada pelajar beraliran sains dalam bentuk dikotomi merupakan sistem yang lapuk dan jauh ketinggalan daripada sistem pendidikan di negara-negara maju. Negara-negara maju tidak pernah meninggalkan kesusasteraan dalam sistem pendidikannya walaupun bagi aliran sains, tekonologi, dan sebagainya.

9. Kerajaan juga wajar menurutsertakan wakil-wakil persatuan penulis atau sarjana sastera yang berkaliber dan jujur dalam sebaran bentuk perbincangan bagi memutuskan satu-satu perkara yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah termasuk dalam soal pemilihan buku teks.

Mohamad Saleeh Rahamad
Presiden
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
11 Januari 2011

dipetik daripada http://saleehblogspot.blogspot.com/
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-69178943844568299952010-12-29T20:10:00.000+08:002010-12-29T21:10:58.971+08:00Analisis Soalan Semantik dan Cadangan Jawapan Bahasa Melayu kertas 1 STPM 2010Hanya 3 soalan dikemukakan untuk tajuk Semantik pada tahun ini.
Perincian mengikut tajuk adalah seperti yang berikut:

1. Perkaitan makna perkataan dari segi leksikal: 2 soalan
2. Peribahasa :1 soalan (kiasan)

Analisis dan cadangan jawapan bagi soalan 58 hingga soalan 60:

Soalan 58:
Mereka tinggal di hulu sungai itu sejak dahulu lagi.
Hulu parang ayah diperbuat daripada besi.

Kata hulu dalam ayat di atas merupakan
A polisemi - (satu perkataan yang mempunyai banyak makna)
B hiponim (perkataan yang mempunyai satu lingkungan makna/ beberapa perkataan yang masuk dalam kelompok yang sama)
C sinonim - (perkataan yang sama makna, tetapi tidak semua yang betul-betul sama makna)
D antonim - (perkataan yang bertentangan makna)

Jawapan untuk soalan 18 - A (polisemi)

Soalan 59 : Yang manakah pasangan kata majmuk yang kedua-duanya merupakan kiasan sandar?

A kaki botol, mentega laut
B jinak merpati, tidur ayam
C menanak nasi, kutu embun
D harimau berantai, mmenjahit baju

Catatan:
Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Contoh: Mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan sebagainya

Jawapan : B (jinak merpati, tidur ayam)

Soalan 60:

Segar: sihat, subur, nyaman

Perkataan di atas menggambarkan konsep
I sinonim (sama makna)
II polisemi (satu perkataan yang mempunyai banyak makna)
III hiponim (beberapa perkataan yang termasuk dalam kelompok yang sama)
IV homonim (

Jawapan: B (I dan III)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-49713012260312697162010-12-24T11:00:00.000+08:002010-12-24T11:11:21.721+08:00Analisis Soalan dan Cadangan Jawapan Soalan Sintaksis Kertas 1 BM STPM 2010Untuk tajuk Sintaksis Bahasa Melayu, 15 soalan telah dikemukakan pada tahun ini (soalan nombor 43 - soalan 57). Perincian mengikut tajuk adalah seperti berikut:

1. Frasa: 3 soalan
2. Klausa: 1 soalan
3. Konsep ayat/ ayat dasar : 3 soalan
4. Ayat majmuk: 4 soalan
5. Ayat terbitan: 4 soalan

Analisis soalan:

Soalan 43 : Yang manakah ayat dasar?

I Murid-murid berdoa sebelum makan. (ayat majmuk, bukan ayat dasar)
II Budak-budak itu sedang mempelajari tulisan Jawi. (ayat dasar : FN + FK)
III Gadis yang bertudung hitam itu pelajar cemerlang. (ayat majmuk relatif)
IV Rumah Puan Salimah di Bandar Baharu Salak Tinggi. (ayat dasar: FN + FSn)

Jawapan: : D (II dan IV)

Soalan 44 : Yang manakah ayat gabungan yang susunan faktanya berurutan?

I Salim memejamkan mata lalu memicit dahinya.
II Pak Atan bercadang untuk membeli ikan atau udang.
III Mak Uda menganyam tikar manakala anaknya membaca buku.
IV Dia memandang tetamunya itu lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

Jawapan : B (I dan IV)

Soalan 45: Soalan ini memerlukan calon menganalisis proses yang berlaku dalam ayat terbitan yang diberi, sama ada ayat-ayat tersebut mengalami proses pendepanan seluruh predikat, pendepanan frasa kerja, pendepanan frasa adjektif, atau pendepanan frasa sendi nama.

I. Seluruh predikat : Sungguh pandai pelajar itu. (Ayat asal: Pelajar itu sungguh pandai)
II. Frasa kerja : Tersentak orang tua itu apabila diusiknya. (Ayat asal: Orang tua itu tersentak apabila diusiknya)
III. Frasa adjektif: Lucu sekali cerita orang tua itu. (Ayat asal: Cerita orang tua itu lucu sekali)
IV. Frasa Sendi nama: Ke dalam periuk ubi itu dimasukkannya. (Ayat asal: Ubi itu dimasukkannya ke dalam periuk.)

Jawapan: A (Q, R, P, S)

Soalan 46: kata bantu + kata kerja transitif + keterangan

Ayat yang manakah yang mengandungi binaan predikat di atas?

A Dia sekeluarga masih di Johor Bahru. (Binaan predikat: kata bantu + kata sendi nama)
B Kakak ingin menjadi usahawan yang berjaya. (Binaan predikat : kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap)
C Budak-budak itu sedang tidur di anjung rumah. (Binaan predikat: kata bantu + kata kerja tak transitif + keterangan)
D Pelajar itu sedang mengulang kaji pelajarannya. (Binaan predikat: kata bantu + kata kerja transitif + objek)

Jawapan: C

Soalan 47: Yang manakah padanan yang betul antara pola ayat dasar dengan contohnya?

I FN + FN : [Pemuda itu] [ tukang gunting rambut].
II FN + FK: [Ombak ][memutih di Pantai Chenang].
III FN = FA : [Pokok jambu itu][ sungguh rendang].
IV FN = FSN : [Pusat pentadbiran negara][ di Putrajaya].

Jawapan: C (Q, R, S,P)

Soalan 48: Semasa berlakunya penjajahan Jepun di negara ini sekitar tahun 1940-an, darurat telah diisytiharkan.

Yang manakah klausa bebas dalam ayat di atas?

Jawapan: A ( darurat telah diisytiharkan)
Catatan:
klausa ialah unsur dalam ayat dan mempunyai subjek dan predikat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh menjadi ayat jika diucapkan dengan intonasi yang sesuai.

Soalan 49: Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja?

A Pelajar itu bijak dalam mata pelajaran Kimia. (keterangan frasa adjektif)
B Isteri pembesar itu datang dengan anak perempuannya. (frasa sendi nama : dengan anak perempuannya)
C Persatuan itu mengumpulkan kain cadar, selimut, dan pakaian. (kata kerja dengan objek)
D Rombongan peminangan dari Melaka membawa tujuh dulang barang perhiasan. (kata kerja dengan objek)

Jawapan: B

Soalan 50: Yang manakah ayat majmuk gabungan?

A Ali sangat kaya di kampung itu tetapi dia kedekut. (gabungan)
B Sungguhpun usianya masih muda, pemikirannya seperti orang dewasa. (keterangan pertentangan)
C Dia turut serta dalam aktiviti gotong-royong itu walaupun dia tidak sihat. (keterangan pertentangan)
D Perlawanan bola jaring itu tetap diteruskan meskipun hujan turun dengan lebat. (keterangan pertentangan)

Jawapan: A

Soalan 51: Ayat yang manakah yang bukan ayat terbitan?

A Buah rambutan datuk telah ranum. (ayat dasar, ayat penyata)
B Saudara tunggulah kedatangannya di pejabat (ayat terbitan : ayat suruhan)
C Bungkusan hadiah itu diterima pagi semalam (ayat terbitan: ayat pasif)
D Hantar borang penyertaan kepada pihak urus setia. (ayat terbitan : ayat suruhan)

Jawapan: A
Catatan:
Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami proses pengguguran, penyusunan semula, dan proses peluasan.

Soalan 52: Yang manakah ayat yang mengalami proses pendepanan predikat?

Jawapan: D (Berkahwin dengan siapakah anak saudaranya?) Ayat asal: Anak saudaranya berkahwin dengan siapa?/ Dengan siapakah anak saudaranya berkahwin?)

Soalan 53: Padanan yang betul antara jenis unsur keterangan dalam frasa adjektif dengan contoh ayat:

I Cara : Badannya lemah dengan tiba-tiba.
II Tempat: Pisau itu tajam pada bahagian matanya.
III Keadaan: Abang selalu sibuk dengan tugasnya.
IV Tujuan: Murid-murid mesti rajin demi masa depan mereka.

Jawapan: C (X, Y, W, Z)

Soalan 54: Yang manakah ayat yang menggunakan kata nafi dengan betul?

A Bangunan itu bukan tinggi sangat.
B Rombongan itu bukan pergi ke Pulau Tioman.
C Bas pelancongan itu bukan dari Cameron Highlands.
D Teks ucapan pengetua bukan disediakan olehnya.

Jawapan : C
Catatan:
Kata nafi bukan menjadi unsur inti FN dan FSN.
Kata nafi tidak menjadi unsur inti bagi FK dan FA.

Soalan 55: Yang manakah padanan yang betul antara X dengan Y?

I Jenis ayat: S: Ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, dan ayat tanya
II Ragam ayat: Q: Ayat aktif dan ayat pasif
III Bentuk ayat: P: Ayat tunggal dan ayat majmuk.
IV Susunan ayat: R: Ayat biasa dan ayat songsang.

Jawapan: B (S, P, Q, S)

Soalan 56:
I mempunyai dua kata hubung atau lebih
II mempunyai lebih daripada satu jenis ayat
III mempunyai sekurang-kurangnya dua konstituen subjek dan dua konstituen predikat

Pernyataan di atas menepati citi-ciri ayat

Jawapan: B (majmuk campuran)

Soalan 57: Yang manakah ayat yang gramatis?

A Pada masa kini, kebajikan warga emas mula dibseri perhatian.
B Hingga ke hari ini belum lagi dijumpai vaksin untuk penawar penyakit demam denggi.
C Penyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung adalah merupakan punca utama kematian di Malaysia.
D Isu hangat yang diuar-uarkan melalui media massa pada hari ini sebenarnya berkisarkan isi ekonomi dan politik negara anggita ASEAN.

Jawapan: D
Catatan:
Maksud ayat yang gramatis ialah ayat yang sempurna, lengkap dan tepat tatabahasanya.
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-90298495079375918782010-12-17T00:02:00.003+08:002010-12-29T21:17:19.992+08:00Analisis Soalan dan Cadangan Jawapan Soalan Morfologi Kertas 1 BM STPM 2010Untuk tajuk Morfologi Bahasa Melayu, 10 soalan telah dikemukakan pada tahun ini (soalan nombor 33 - soalan 42). Perincian mengikut tajuk adalah seperti berikut:

1. Bentuk kata (kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk) : 2 soalan
2. Golongan kata adjektif : 2 soalan
3. Golongan kata kerja : 3 soalan
4. Golongan kata tugas : 3 soalan

Cadangan jawapan:

Soalan 33 : Padanan yang betul antara contoh kata ganda dan kata terbitan:

Kata terbitan - Kata ganda
I Seruling - lelabi ( seruling - kata terbitan dengan imbuhan sisipan er, lelabi kata ganda separa)
II berdikari - jemari (berdikari ialah akronim/ kata tunggal, jemari kata terbitan imbuhan em)
III belantara - gerigi (belantara ialah kata tunggal, gerigi ialah kata terbitan imbuhan er)
IV gelanggang - sesiku (gelanggang ialah kata terbitan imbuhan sisipan el, sesiku kata ganda separa)

Jawapan untuk soalan nombor 33 : B (I dan II)

Soalan 34 : Kata hakis (daripada perkataan hapus kikis), halaju (daripada perkataan hal laju), dan ucaptama (daripada perkataan ucapan utama) merupakan kata tunggal dan akronim.

Jawapan : C (II dan IV)

Soalan 35: Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja aktif transitif berawalan teR-?

A Abang tersandar di tepi dinding. (kata kerja tak transitif tanpa pelengkap)
B Ayah tidak terbeli kereta mewah itu. (kata kerja transitif, kereta mewah itu ialah objek (kata nama) yang boleh dipasifkan)
C Kakak terduduk seketika setelah membaca surat itu. (kata kerja tak transitif tanpa unsur pelengkap)
D Saya tersenyum sendirian apabila mengingati peristiwa itu. (kata kerja transitif tanpa unsur pelengkap)

Jawapan: B (Ayat yang mengandungi kata kerja transitif boleh dipasifkan, iaitu mengedepankan objek. Ayat pasif : Kereta mewah itu tidak terbeli oleh ayah)

Soalan 36: Yang manakah ayat yang menggunakan kata penegas? Kata penegas atau partikel ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat, contohnya:
i. -kah, -tah, -lah (menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya)
ii. juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang

Pilihan jawapan:
I Peserta debat itu mengemukakan hujah dengan lantangnya. (kata pembenda)
II Abu seorang sahaja yang memiliki kemhairan membuat wau di kampungnya. (kata penegas)
III Pak Midun sejak awal-awal lagi tidak berkenan dengan pemuda yang merisik anaknya. (Kata penegas)
IV Pokok kelapa muda yang ditanam oleh ayah nampaknya akan mengeluarkan buah yang lebat. (kata penekan)

Jawapan: C (II dan III)

Soalan 37: Yang manakah ayat yang mempunyai pascakata yang berfungsi sebagai penekan? Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang berhubung dengannya. Contoh; sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya.

A Semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke biliknya. (-nya ialah kata ganti nama diri ke-3)
B Pokok nangka madu itu nampaknya akan berbuah lagi. (kata penekan)
C pada kami, kejayaannya ialah hasil tunjuk ajar guru-guru. (-nya ialah kata ganti nama diri ke-3)
D Rumah neneknya terletak di antara sungai dengan kebun getah itu. (kata ganti nama diri ke-3)

Jawapan: B

Soalan 38: Contoh kata adjektif yang betul mengikut jenis kata adjektif.

Jawapan: B ( KA cara - deras, KA jarak - nyaris, KA bentuk - leper, KA ukuran - kerdil)

Soalan 39: Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja yang berapitan meN-...-kan yang membawa maksud membuat sesuatu?
I Encik Dolah memendekkan tempoh cutinya. (kausatif- menyebabkan jadi pendek)
II Kemalangan jalan raya itu sungguh mengerikan kami. (kausatif- menyebabkan jadi ngeri)
III Penduduk kampung itu bergotong-royong mendirikan balai raya. (membuat sesuatu)
IV Persatuan Nelayan Teluk Permai melaksanakan projek ternakan ikan secara berkelompok untuk ahli-ahlinya. (membuat sesuatu)

Jawapan: D (III dan IV)

Soalan 40: Kata yang berapitan beR-...-an yang mendukung makna berterusan ialah
I berlelehan (berterusan)
II berkibaran (berterusan)
III bertangisan (bersalingan)
IV bertempiaran (jumlah subjek yang banyak)

Jawapan: A (I dan II)

Soalan 41: Semenjak pulang dari Eropah, gaya hidupnya kebarat-baratan.

Kata yang berapitan ke-...-an dalam ayat di atas tergolong dalam

A kata nama
B kata kerja
C kata adjektif
D kata keterangan

Jawapan: C (Kata adjektif)

Soalan 42: Penggunaan kata sendi nama yang tepat:

Salam : Imran adalah di antara pelajar cemerlang sekolah itu. ( kesalahan kata sendi nama di)
Ramon: Dia baru pulang dari Jabatan Alam Sekitar.
Joseph: Daripada saat itu, mereka tidak lagi mengunjungi Tasik Biru. (kata sendi nama daripada tidak boleh hadir di hadapan kata nama yang menerangkan waktu)
Rusliza: Rumusan penyelidik tentang sikap penduduk desa itu adalah negatif.

Pelajar yang menggunakan kata sendi nama dengan betul dalam ayat di atas ialah

Jawapan: C (Ramon dan Rusliza)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-78017177372807455232010-12-16T23:19:00.002+08:002010-12-16T23:55:24.044+08:00Analisis Soalan Penyebutan dan Pengejaan Kertas 1 BM STPM 2010Tahun ini sebanyak 8 soalan telah dikemukakan untuk tajuk ini dan perincian mengikut subtajuk adalah seperti yang berikut:

1. Bunyi-bunyi vokal : 1
2. Bunyi-bunyi diftong/ vokal rangkap : 3
3. Bunyi-bunyi konsonan : 4

Soalan 25: Lidah diletakkan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit dan dengan pantas lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal hadapan sempit. Keadaan bibir berubah daripada bundar menjadi hampar.

Yang manakah kata yang mengandungi bunyi yang terhasil dengan cara di atas?

Jawapan: A Kaloi

Soalan 26 : Padanan yang betul antara jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut;

i. vokal depan sempit : bilik, pilih
ii. vokal belakang sempit : buluh, suluh
iii. vokal depan separuh sempit : cetek, belek
iv. vokal belakang separuh sempit : bolos, borong

Jawapan: D (X, Y, W, Z)

Soalan 27: Yang manakah kata yang dimulai oleh konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ] dan diakhiri oleh vokal belakang sempit [ u ]?

Jawapan : A (Bantu)

Soalan 28: Yang manakah kata yang mengandungi vokal rangkap?

I Paut - vokal rangkap
II Kain - vokal rangkap
III Taubat - diftong
IV Amboi - diftong

Jawapan: A (I dan II)

Soalan 29:
X: Letupan dua bibir bersuara : [ b ]
Y: letupan lelangit lembut bersuara : [ g ]

Kata yang mengandungi konsonan yang diwakili oleh X dan Y ialah:

Jawapan: A (bagus)

Soalan 30: Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi diftong?

I Kemerduan suaranya mengagumkan. (vokal rangkap)
II Biarkan dia berpaut pada dahan pokok. (vokal rangkap)
III Ikatan persaudaraan mereka erat sekali. (diftong)
IV Penonton kehairanan menyaksikan pertunjukan sarkas itu. (diftong)

Jawapan : D (III dan IV)

Soalan 31:
X: Letupan gusi tak bersuara: [ t ]
Y: letupan lelangit lembut tak bersuara : [ k ]

Padanan yang betul bagi X dan Y ialah:

Jawapan: C [ t ], [ k ]

Soalan 32: Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi konsonan sengauan?

A batuk, nakal
B Lebah, tolong
C Simpan, gagah
D Masuk, bangkit

Jawapan: D (Masuk, bangkit)

Semoga jawapan dan analisis di atas dapat dimanfaatkan.
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-10859400997809114602010-12-16T11:06:00.005+08:002010-12-16T23:18:34.382+08:00Analisis Soalan Dinamika Bahasa Melayu Kertas BM1 STPM 2010Untuk tajuk Dinamika Bahasa, 7 soalan telah dikemukakan dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 1 pada tahun ini (soalan nombor 18 hingga soalan 24). Perincian mengikut tajuk adalah seperti yang berikut:

1. Variasi bahasa - 1 soalan
2. Laras bahasa - 2 soalan
3. Wacana - 1 soalan
4. Retorik - 2 soalan
5. Kesantunan Berbahasa - 1 soalan

Analisis dan cadangan jawapan bagi soalan 18 hingga soalan 24:

Soalan 18: Padanan yang betul antara bahasa biasa dengan bahasa istana:

bahasa biasa - bahasa istana

pergi - berangkat
hadiah - persembahan
sakit - gering

Jawapan untuk soalan 18 - A (berangkat, hadiah, gering)

Soalan 19 : Faktor yang menentukan pemilihan sesuatu laras bahasa ialah konteks, kosa kata khusus, fokus atau tajuk perbincangan. Latar belakang penutur sama ada dia seorang yang kaya, miskin, berkedudukan dan sebagainya tidak menentukan pemilihan laras.

Jawapan : D (latar belakang penutur)

Soalan 20: Ciri-ciri laras iklan dan perbezaannya dengan laras akademik. Antara ciri laras iklan ialah menggunakan ayat yang ringkas dan terdapat penyimpangan dari aspek tatabahasa, manakala ciri laras akademik pula ialah laras ini menggunakan ayat yang lengkap dan betul susunan tatabahasanya. Laras akademik menggunakan bahasa baku.

Jawapan : C (II dan III)

Soalan 21: Yang manakah padanan yang betul antara fungsi penanda wacana dengan contohnya?

A. menunjukkan maksud pertentangan : malahan, sebaliknya, namun
B. menunjukkan maksud musabab: oleh sebab, dengan itu, bahkan
C. menunjukkan maksud waktu: ketika, sementara itu, lantas
D. menunjukkan maksud tambahan: di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi

Jawapan : D
(Catatan: perkataan yang berwarna merah ialah contoh penanda wacana yang tidak tepat)

Soalan 22: Nyatakan jenis retorik P yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i. mempunyai takrifan dan huraian
ii. bertujuan untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada seseorang
iii. terdapat contoh untuk menjelaskan maklumat

Jawapan: B (pendedahan)

Soalan 23: Petikan yang menggunakan retorik penghujahan ialah petikan di bawah:

Jawapan: D: Virus misteri radang paruparu akibat Sindrom Pernafasan Yang Teruk telah mengorbankan nyawa yang banyak (fakta). Sindrom ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, penyakit ini mudah berjangkit dan tiada penawarnya. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari negara yang dilanda penyakit tersebut (hujah).

Soalan 24: Padanan yang betul antara rujukan kehormat dengan orang yang disapa;

Yang Teramat Mulia - Tengku Mahkota
Tuan Yang Terutama - Yang Dipertua Negeri
Yang Amat Berhormat - Ketua Menteri
Yang Berhormat - Pegawai Kewangan Negeri

Jawapan : A (Q, R, S, P)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-47112799592465148312010-12-15T21:52:00.007+08:002010-12-15T22:42:17.874+08:00Cadangan jawapan soalan Bahasa Melayu Kertas 1 STPM Tahun 2010 (Asal Usul dan sejarah Perkembangan Bahasa Melayu)Untuk tajuk Asal Usul, Rumpun dan Perkembangan Bahasa Melayu, 7 soalan telah dikemukakan pada tahun ini (soalan nombor 11 - 17). Perincian mengikut tajuk adalah seperti berikut:

1. Asal usul dan rumpun kekeluargaan BM - 2 soalan
2. Bahasa Melayu Kuno - 1 soalan
3. Bahasa Melayu Moden - 2 soalan
4. Perancangan Bahasa - 2 soalan

Cadangan jawapan:

Soalan 11 adalah tentang cabang bahasa Austris, iaitu bahasa Austroasia, Bahasa Austronesia dan Bahasa Tiber-Chino.
Jawapan untuk soalan 11 - D (Tibet-China)

Soalan 12 : Golongan bahasa Nusantara yang diwakili oleh golongan Sumatera, antaranya ialah Bahasa Nias, Batak, Lampung dan Orang Laut.
Jawapan : C (Sumatera)

Soalan 13: Susunan batu bersurat mengikut tarikh penemuan ialah Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka, batu bersurat di Gandasuli, Jawa tengah, dan batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh.
Jawapan : D (IV, III, II, I)

Soalan 14: Dalam perancangan bahasa melayu, penerbitan buku Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia merupakan bukti kejayaan usaha pengekodan.
Jawapan : C

Soalan 15: Tujuan penubuhan organisasi X (Pejabat Karang Mengarang) ialah, menambah bahan bacaan umum, memperbanyak buku sekolah Melayu, mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung. Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan organisasi ini ialah Pendeta Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad)
Jawapan: C (Pejabat Karang Mengarang)

Soalan 16: Dalam perancangan bahasa, proses pengekodan merujuk kepada proses penghasilan satu variasi bahasa standard yang sempurna dari aspek sebutan, ejaan, tatabahasa, dan makna.
Jawapan : A (pengekodan)

Soalan 17: Susunan sistem ejaan bahasa Melayu yang betul mengikut kronologi:
Ejaan Wilkinson, Ejaan Za'ba, Ejaan Kongres, Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia.
Jawapan : B (II, IV, III, I)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-3815214638739822872010-12-15T21:39:00.002+08:002010-12-15T21:48:21.900+08:00Analisis Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 STPM 2010Hari ini selesailah sudah peperiksaan STPM untuk tahun 2010 dengan kertas Bahasa Melayu 1 sebagai subjek yang menutup tirai STPM tahun ini. Apabila melihat wajah pelajar yang keluar dari dewan peperiksaan setelah selesai peperiksaan dengan penuh ceria, saya mengandaikan bahawa mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Analisis keseluruhan mengikut bahagian:
1. Pemahaman - 10 soalan (2 petikan, 1 carta alir)
2. Asal usul dan sejarah perkembangan BM - 7 soalan
3. Dinamika BM - 7 soalan
4. Sistem penyebutan dan pengejaan - 8 soalan
5. Morfologi - 10 soalan
6. Sintaksis - 15 soalan
7. Semantik - 3 soalan

JUMLAH - 60 soalan

sambungan.. cadangan jawapan untuk setiap bahagian.
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6002832171513952196.post-48984686137039125302010-06-10T10:36:00.000+08:002010-06-11T10:39:01.497+08:00Cadangan Jawapan Soalan Rumusan Ujian OTI1 2010Idea Utama (IU):
Pendidikan bermula sejak kewujudan manusia. (1) Manusia membina kemajuan dalam hidup (2) yang menjadi nadi kehidupan mereka / manusia. (3) Pendidikan mencakupi aspek persekolahan, latihan dan pembentukan sahsiah (4) yang saling berkait. (5)

Isi Sokongan (IS):

IS1: Pendidikan melibatkan ’pendidik’ dan ’anak didik’ (1) melalui proses penyampaian dan penggunaan ilmu (2) secara langsung. (3)

IS2: Proses pengajaran juga diperoleh melalui pengamatan kejadian alam (1) pemikiran (2) dan pengalaman. (3)

IS3: Di sekolah rendah murid didedahkan dengan pengalaman awal (1) supaya mereka dapat membezakan perkara baik dan buruk. (2)

IS4: Dengan peredaran zaman, lama-kelamaan unsur negatif menjadi amalan hidup (1) kerana mereka sering mengejar kemewahan hidup (2)

IS5: Sekolah dan guru menerima tanggungjawab yang berat (1) untuk menyampaikan ilmu kepada murid (2) kerana funsgi sekolah telah berubah. (3) Setelah masyarakat meletakkan peranan ini kepada sekolah dan guru. (4)

IS6: Nilai murni yang diterapkan oleh pihak sekolah (1) menjadi panduan kepada murid (2) untuk membentuk sahsiah. (3)

Kesimpulan (K):

Setiap individu perlu diberi peluang menimba ilmu pengetahuan. (1) Bakat dan kreatiiviti mereka perlu dipandu (2) supaya mereka berada di landasan yang betul. (3)
Abdullah Ibnu Abbas
• "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
Fariza Nurbayahttp://www.blogger.com/profile/02943184641187903534noreply@blogger.com1