Sabtu, 23 Ogos 2008

DIALEK KELANTAN DAN KEUNIKANNYA

Saya tinggal di daerah Besut, negeri Terengganu, iaitu bersempadan dengan negeri Kelantan. Oleh sebab itu, sebahagian besar penduduk di sini cenderung menggunakan dialek Kelantan berbanding dengan dialek Terengganu. Faktor dialek inilah rasanya menjadi salah satu penyebab berlaku jurang dan kemelut antara orang Besut dengan orang Kuala Terengganu (disebut sebagai oghe Teranung). Orang Besut selalu dianaktirikan dalam segala hal termasuk dalam pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan peluang kenaikan pangkat.

Saya seronok bercakap tentang keunikan dialek Kelantan dengan rakan-rakan dari pantai barat. Jika mempunyai ruang masa yang mencukupi saya akan berkongsi contoh-contoh dialek Kelantan yang unik dan menarik ini. Sarjana barat, Walter Armstrong Graham(W.A Graham) ada menulis tentang Kelantan. Buku yang pertama kalinya diterbitkan di Glasgow, Scotland pada tahun 1908 ini memperkatakan pelbagai perkara tentang negeri Kelantan seperi sosioekonomi, cuaca dan juga tentang dialek Kelantan. Kalau larat, bacalah petikan buku tersebut;

Saya tertarik dengan kupasan yang dibuat oleh penulis yang bernama raykinzoku (boleh klik di sini)http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=995615 yang mengupas secara terperinci tentang dialek Kelantan. Kalau berkesempatan, jangan lupa ziarah blog ini.

3 ulasan:

AkuMuzikFilem berkata...

Salam perkenalan. Setuju dengan tulisan cikgu. Pengalaman saya di Kelantan mengiyakannya. Memang dialek Kelantan paling unik di Malaysia, jauh sangat bunyinya dari Bahasa Melayu biasa(masih dalam keluarga Bahasa Melayu). Mujur lidah lembut Pahang saya cepat mengikut. Hehe. Tiada entri berkenaan loghat Melayu yang lain? Asal-usul setiap dialek? Actually dialek Kelantan pengaruh/asal-usul dari mana?

Tanpa Nama berkata...

sapala yg menganaktirikan besut?bagi bukti skit?

kamera murah berkata...

salam puan..

saya Rahimah dari UPM... bagus sekali tulisan-tulisan puan... dan saya sangatlah tertarik dengan perihal dialek Besut ni...puan ada tak sebarang maklumat atau data bertulis mengenai dialek atau budaya masyarakat Besut ni... saya difahamkan ada pernah diterbitkan mengenai Besut dalam majalah DBP tapi saya tidak pasti dalam majalah dewan mana dan edisi berapa... penting untuk saya menyiapkan kajian Phd saya... mohon jasa baik puan nyatakan pada saya jika puan punya maklumatnya... ini email saya;

fsweety4_87@yahoo.com

terima kasih...;)