JENIS-JENIS LARAS
•Bahasa Melayu Klasik
•Dialog (laras sastera kreatif)
•Iklan
•Undang-undang
•Puisi (moden dan klasik)
Laras yang paling popular dan kerap digunakan dalam kertas soalan ialah laras sastera kreatif/ dialog dan laras bahasa Melayu klasik. Untuk tujuan mengalih bentuk teks sastera kreatif kepada bentuk laras biasa, pelajar hendaklah mengetahui asas-asas mengalih bentuk teks, antaranya ialah dengan menukarkan semua cakap ajuk kepada cakap pindah. Oleh itu, perkara-perkara di bawah hendaklah dititikberatkan oleh pelajar bagi menghasilkan alih bentuk teks yang tepat.
1. Semua kata tanya seperti apa, siapa, bila, di mana, ke mana, bagaimana, kenapa, dan mengapa hendaklah ditukarkan kepada:
menanyakan
ingin mengetahui
inginkan kepastian/ingin mendapat kepastian
ingin tahu sebab
2. Pelajar-pelajar juga boleh mempelbagaikan ayat dengan menggunakan frasa-frasa seperti
•Menyatakan bahawa
•Menjelaskan bahawa
•Tambahnya lagi
•Jelasnya lagi
•Menerangkan bahawa
3. Pelajar mestilah menggunakan perkataan penuh bagi kependekan kata seperti nak, tak, dah, tu, tapi dsb.
4. Kata-kata larangan seperti jangan, usahlah, tak tidak boleh dimasukkan dan digantikan dengan perkataan melarang, menafikan dsb.
5. Pelajar juga hnedaklah menukarkan konsep masa seperti:
•hari ini - hari tersebut/ itu
•masa ini / kini - masa itu
•Sekarang - pada masa itu
•Sini - di situ
•Begini - begitu/ demikian
•Semalam - pada malam sebelum itu
•kelmarin - pada hari sebelum itu
5. Jangan buat ulasan atau laporan.
6. Jangan sesekali menyusun isi dan menokok tambah cerita.
Sampai di sini dulu untuk hari ini. Sebagai latihan, cuba alih bentuk teks di bawah.
“Kau menangis Linda…?” tanya Lokman apabila melihat Linda.
“Aku terlalu gembira, Man. Kejayaan ini hadiah untuk keluargaku. Kau bagaimana Man?”
“Aku juga berjaya, tapi tak secemerlangmu.”“Tak mengapalah Man, yang pentingnya kita sama-sama berjaya. Man…! Aku terpaksa pulang segera.”
“Kau kelihatan cemas saja, Linda.” Lokman dapat membaca riak di wajah Linda.
“Aku harus pulang segera. Ada hal yang penting di rumah Man. Aku tak boleh lama.”
“Kau merahsiakan sesuatu dari aku, Linda?”
“Sebenarnya ayah aku sakit, Man,” ujar Linda.
“Ayahmu sakit, Linda?”
“Ya….! Dah sebulan dia sakit, semasa aku datang tadi keadaannya agak tenat sedikit.”
Lokman diam seketika.
“Lama….? Kenapa tak beritahu aku? Dah bawa ke hospital?”
“Tiga minggu ayahku di hospital. Tapi mak tak mampu untuk menampung perbelanjaan ayah di hospital. Sekarang ayah terlantar di rumah.”
“Kalaulah kau beritahu sejak dulu lagi, dapat juga aku membantumu.”
Lama mereka membisu. Tiada patah-patah kata yang terbit dari rekahan bibir kedua-duanya.
Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Gunakan tanda sempang dengan betul, nanti kena lempang!
Saya dapati, belakangan ini terdapat ramai pengguna bahasa yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul terutamanya tanda sempang (...
-
Ciri-ciri khusus BMK ialah seperti berikut: 1. Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu m...
-
Perbezaan ayat pasif dan ayat songsang: AYAT PASIF: Ayat pasif ialah ayat yang mengalami proses pendepanan objek, iaitu objek atau ...
1 ulasan:
Puan, saya try jawab soalan alih bentuk teks yang puan beri. Tolong bagi komen sama ada tepat ke dok.
Lokman bertanya kepada Linda sebab dia menangis apabila melihat Linda. Linda memberitahu bahawa dia terlalu gembira. B agi Linda, kejayaan itu adalah hadiah untuk keluarganya. Linda ingin mengetahui keputusan Lokman. Lokman menyatakan bahawa dia juga berjaya tetapi tidak secemerlang Linda. Linda memujuk Lokman dengan mengatakan bahawa mereka sama-sama berjaya. Linda memeinta diri untuk pulang dengan segera.
Lokman melihat Linda seperti cemas. Lokman dapat membaca riak di wajah Linda. Linda memberitahu bahawa dia harus pulang dengan segera kerana mempunyai urusan penting di rumahnya. Tambahnya lagi, dia tidak boleh lama di situ.
Lokman ingin tahu sama ada Linda merahsiakan sesuatu daripadanya. Linda menyatakan bahawa ayahnya sakit. Lokman terkejut dan bertanya sekali lagi. Linda mengiyakan kata-kata Lokman. Tambah Linda lagi, sudah sebulan ayahnya sakit.Semasa dia datang keadaan ayahnya agak tenat. Lokman diam seketika. Lokman terkejut apabila mengetahui ayah Linda sudah lama sakit. Lokman hairan sebab Linda tidak memberitahunya. Lokman bertanya kepada Linda sama ada dia sudah menghantar ayahnya ke hospital. Linda menjelaskan bahawa sudah tiga minggu ayahnya berada di hospital. Linda menjelaskan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan ayahnya di hospital. Pada waktu itu, ayahnya terlantar di rumah. Lokman menyesali sikap Linda yang tidak memberitahunya lebih awal kerana dia juga aku membantu Linda.
Lama mereka membisu. Tiada sepatah katapun yang terbit dari bibir mereka.
harap puan dapat bagi komen.
Catat Ulasan